Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan kaji cadangan tubuh suruhanjay­a siasatan diraja kehakiman

-

Kerajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaharu mengenai salah laku hakim- hakim kanan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Perdana Menteri berkata beliau tahu mengenai dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitny­a yang telah membuat pendedahan yang mengejutka­n.

“Ya, saya tahu beliau telah membangkit­kan sesuatu. Tetapi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara ini, kerana sebagaiman­a yang kamu tahu, kita tidak harus memburukka­n badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi.

“Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkan­nya (suruhanjay­a siasatan diraja),” kata beliau ketika ditanya sama ada kerajaan akan menubuhkan suruhanjay­a itu.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi BERSATU Malaysia di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia