Utusan Borneo (Sarawak)

Minta rasuah RM1.5 juta, setiausaha pejabat direman lima hari

-

Seorang setiausaha pejabat kepada pegawai kanan di sebuah kementeria­n direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggarka­n bernilai RM1.5 juta.

Majistret Ahmad Afiq Hasan mengeluark­an perintah reman terhadap wanita itu sehingga 19 Feb ini selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Wanita berusia 39 tahun itu dibawa ke mahkamah pada kira-kira jam 9.05 pagi semalam dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, wanita itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan pada kira-kira 6.56 petang kelmarin.

Wanita itu dipercayai meminta suapan sebanyak RM1.5 juta daripada wakil syarikat hartanah sebagai dor- ongan untuk meminta persetujua­n daripada ketuanya bagi meluluskan pembelian aset kerajaan di luar negara pada penghujung tahun lepas.

Difahamkan suspek telah menerima sebahagian daripada wang terbabit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Bak ketika dihubungi mengesahka­n penahanan tersebut.

Kes disiasat menurut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REMAN: Majistret Ahmad Afiq Hasan mengeluark­an perintah reman terhadap wanita berusia 39 tahun itu sehingga 19 Feb in selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama REMAN: Majistret Ahmad Afiq Hasan mengeluark­an perintah reman terhadap wanita berusia 39 tahun itu sehingga 19 Feb in selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia