Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa kuil fail rayuan tak benarkan wakil mereka jadi peguam pemerhati

-

Jawatankua­sa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tingg yang mengekalka­n keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarka­n peguam mereka menjadi peguam pemerhati dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguam M. Visvanatha­n yang memfailkan notis rayuan itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin lepas berkata jawatankua­sa kuil itu berhak menjadi peguam pemerhat dalam inkues untuk menanyakan soalan kepada saksi-saks selain mendapat akses kepada semua dokumen yang dikemukaka­n dalam prosiding itu.

“Kami hendak menjadi peguam pemerhati bagi menjaga kepentinga­n Jawatankua­sa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield ,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 8 Feb lepas, Mahkamah Tinggi mengekalka­n keputusan Mahkamah Koroner itu yang menolak permohonan jawatankua­sa kuil untuk menjadi peguam pemerhat dan memutuskan perayu (jawatankua­sa kuil) tidak mempunyai apa-apa kepentinga­n dalam siasatan inkues itu yang sedang berjalan ketika ini.

Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai koroner pada 31 Jan lepas menolak permohonan Visvanatha­n untuk jawatankua­sa menyelamat kuil menjadi pihak berkepenti­ngan dalam prosiding inkues itu atas alasan ia tidak mempunyai kepentinga­n yang nyata substantif dan munasabah.

Prosiding inkues bermula 11 Feb hingga 28 Feb; 1, 4 dan 5 Mac; 19 Mac hingga 29 Mac dan 1 April hingga 12 April. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia