Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanik maut terbabas ke laluan treler di Link Kedua

-

Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggang­nya terbabas lalu memasuki laluan treler di Kilometer 4.8 Lebuhraya Link Kedua arah Selatan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata dalam kejadian jam 2.16 pagi itu, mangsa Mohd Norerwan Hakeem Mohd Hafiza, 18, dipercayai sedang menunggang motosikal jenis Honda dengan laju bersama beberapa motosikal lain.

“Ketika kejadian, mangsa yang juga seorang mekanik sedang memotong dari lorong sebelah kiri ke kanan yang ketika itu dilalui treler. Mangsa gagal mengawal motosikaln­ya lalu terbabas masuk ke laluan treler berkenaan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan, disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia