Utusan Borneo (Sarawak)

BERSATU sah masuk Sabah Anggota UMNO Sabah yang keluar parti enggan sertai WARISAN

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawanganny­a di Sabah bagi membolehka­n bekas anggota UMNO Sabah menyertain­ya.

Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri, berkata keputusan itu dibuat selepas anggota UMNO Sabah yang bertindak keluar parti tidak mahu menyertai Parti Warisan Sabah ( WARISAN) yang merupakan sekutu Pakatan Harapan (PH).

“Mereka ini tidak memilih untuk menyertai WARISAN… dan mahu menyertai BERSATU. Bagaimanap­un tapisan ketat akan dikenakan untuk mereka yang akan menyertai BERSATU.

“Tiga syarat yang kita letak ialah mereka mesti keluar UMNO, menjadi (wakil rakyat) Bebas untuk sekian lama dan barulah kita sedia untuk terima tetapi dengan pemilihan yang ketat, bukan secara berkumpula­n tetapi individu,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi BERSATU di sini.

Tun Mahathir berkata penubuhan BERSATU Sabah akan dibuat secepat mungkin dan parti akan membuat keputusan mengenai pemimpinny­a kemudian.

Dr Mahathir bagaimanap­un menegaskan wujudnya BERSATU di Sabah bukan untuk mencabar atau menentang WARISAN yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Tegas beliau semua boleh menyertai BERSATU kecuali mereka daripada parti komponen PH iaitu DAP, PKR dan AMANAH serta sekutunya WARISAN.

Ditanya sama ada perkara tersebut dibincangk­an de- ngan kepimpinan WARISAN, Dr Mahathir berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Kita pergi Sabah untuk kuatkan kerajaan Shafie, kita bukan nak menentang WARISAN, keputusan ini kita buat bila lihat keadaan Sabah... mereka ini (bekas anggota UMNO) tak nak sertai WARISAN tetapi nak sertai BERSATU,” tegasnya menambah keputusan itu juga tidak memerlukan persetujua­n parti-parti dalam PH.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Semenyih, Dr Mahathir berharap pengundi di DUN itu dapat menerima calon yang dipilih BERSATU.

Kelmarin, BERSATU mengumumka­n Muhammad Aiman Zainali, 30, sebaga calon pada PRK pada 2 Mac ini manakala BN mempertaru­hkan Zakaria Hanafi 58, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesepan Kelubi sebagai calonnya.

Muhammad Aiman ialah Bendahari BERSATU Bahagian Hulu Langat yang juga seorang jurutera dan sedang mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah dalam bidang kejurutera­an elektrik di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Muhammad Aiman juga adalah menantu penyandang Allahyarha­m Bakhtiar Mohd Nor daripada BERSATU yang meninggal dunia pada 11 Januari lepas.

Sementara itu mengulas mengenai isu tajaan sebuah syarikat perjudian terhadap kursus sekumpulan pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia ke Istanbul, Turki Dr Mahathir berkata perkara tersebut adalah tidak wajar walaupun bertujuan baik.

“Ia berlaku ( kelulusan) sebelum kami (PH) memerintah. Tujuannya bagus tap sudah tentu ada yang mengkritik,” katanya. — Bernama

Kita pergi Sabah untuk kuatkan kerajaan Shafie, kita bukan nak menentang WARISAN, keputusan ini kita buat bila lihat keadaan Sabah... mereka ini (bekas anggota UMNO) tak nak sertai WARISAN

” tetapi nak sertai BERSATU.

Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi BERSATU

 ?? — Gambar Bernama ?? AHLI BAHARU: Azhar (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli SPR yang baharu dilantik di Menara Suruhanjay­a Pilihan Raya, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama AHLI BAHARU: Azhar (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli SPR yang baharu dilantik di Menara Suruhanjay­a Pilihan Raya, Putrajaya semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PENJELASAN: Dr Mahathir ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERI PENJELASAN: Dr Mahathir ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia