Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti kerajaan di Semenyih ‘ok’ jika bukan pancing undi: SPR

-

Aktiviti kerajaan yang berlangsun­g di Semenyih secara amnya tidak dianggap sebagai pelanggara­n undang- undang pilihan raya selagi aktiviti itu tidak digunakan untuk mengumpan undi, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) Azhar Azizan Harun.

Katanya ini kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Semenyih berlangsun­g dalam keadaan kerajaan wujud dan DUN Selangor tidak dibubarkan.

“Bila kerajaan wujud akan terdapat aktiviti kerajaan. Kalau aktiviti itu digunakan untuk mengumpan undi maka ia akan menjadi isu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keha- diran ramai anggota kabinet di Semenyih yang bakal menghadapi PRK pada 2 Mac ini.

Azhar ditemui pemberita selepas tiga anggota SPR iaitu Datuk Seri Ramlan Ibrahim, Datuk Chin Phaik Yoong dan Zoe Randhawa melapor diri di ibu pejabat SPR di sini semalam.

Mengulas lanjut, Azhar bagaimanap­un berkata keputusan muktamad berkenaan perkara itu terletak di tangan mahkamah sekiranya ia dibawa ke muka pengadilan.

Ditanya mengenai persiapan PRK DUN Semenyih, Azhar berkata suruhanjay­a itu sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRK tersebut yang melibatkan kos RM1.8 juta serta 992 petugas dan merupakan PRK keenam sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei tahun lepas.

Hari ini merupakan hari penamaan calon PRK itu manakala pengundian pada 2 Mac dan undi awal 26 Februari ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang­nya Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Bakhtiar daripada Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) memperoleh 23,428 undi mengetepik­an penyandang­nya daripada Barisan Nasional Datuk Johan Abdul Aziz ( 14,464); calon PAS, Mad Shahmiour Mad Kosim (6,966) dan S. Arutchelva­n mewakili Parti Sosialis Malaysia (1,293). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BILIK GERAKAN: Pegawai SPRM melancarka­n bilik gerakan bagi membolehka­n orang ramai menyalurka­n maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa pada PRK DUN Semenyih di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BILIK GERAKAN: Pegawai SPRM melancarka­n bilik gerakan bagi membolehka­n orang ramai menyalurka­n maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa pada PRK DUN Semenyih di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia