Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Semenyih

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarka­n bilik gerakan bagi membolehka­n orang ramai menyalurka­n maklumat serta aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

SPRM dalam kenyataan berkata bilik gerakan berkenaan akan beroperasi 24 jam dan ditempatka­n di tingkat bawah, Menara Majlis Perbandara­n Kajang, Jalan Cempaka, Jalan Semenyih, dekat sini.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurka­n sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada prksemenyi­h@sprm.gov.my atau menghubung­i talian 016988 0782 atau 03-5525 6500, faks 03-5525 6514,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatk­an kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian wakil rakyat daripada PH, Bakhtiar Mohd Nor akibat serangan jantung pada 11 Januari lepas.

Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan hari ini, manakala hari mengundi awal 26 Februari dan pengundian pada 2 Mac.

PRK ini adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Sebelum ini, Selangor menyaksika­n penentuan di tiga PRK iaitu bagi DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. — Bernama KOTA BHARU: PAS menganggap isu rakaman suara anggota jawatankua­sa pusatnya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung penerimaan dana daripada UMNO sebagai isu kecil.

Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata PAS menganggap isu dana RM90 juta yang didakwa diterima daripada UMNO itu telah selesai selepas semakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun rasmi parti mendapati dana tersebut tidak wujud.

“Kami berterima kasih kepada SPRM yang membersih- kan isu ini melalui siasatan, ternyata ia fitnah dan satu pembohonga­n kerana PAS tidak terlibat dengan isu ini.

“Begitu juga isu rakaman suara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, kita anggap ia isu kecil,” katanya kepada pemberita selepas Forum Murabbi Ummah di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad lV di malam kelmarin.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang memetik sumber SPRM melaporkan siasatan badan itu mendapati tiada dana daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun rasmi PAS.

Laporan itu juga menyebut penemuan adalah hasil penelitian SPRM ke atas akaun bank PAS dalam siasatan berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima RM90 juta daripada UMNO.

Nik Mohamad Abduh pula sebelum ini dilaporkan berkata tindakan beliau menafikan rakaman audio mendakwa dirinya menerima dana daripada Barisan Nasional sebelum pilihan raya umum lalu kerana mahu menjaga reputasi partinya.

Sementara itu, mengulas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, Tuan Ibrahim berkata PAS akan terus bekerjasam­a dengan UMNO.

“Gerakan jentera parti kita telah bina bersama, PAS tidak bertanding dan akan memberikan sokongan kepada UMNO, kami tidak boleh berbalah sama sendiri,” katanya.

PRK itu diadakan selepas penyandang daripada Pakatan Harapan Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Penamaan calon PRK itu akan berlangsun­g hari ini manakala hari pengundian pada 2 Mac dan undi awal 26 Februari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia