Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi lawatan PDRM ditaja LTM sewaktu pemerintah­an BN

-

Lawatan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan rombongann­ya ke Turki baru-baru ini bukan kali pertama lawatan seumpamany­a diluluskan Lembaga Totalisato­r Malaysia (LTM), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan semalam Lim berkata sebelum ini sebanyak tiga lagi lawatan kerja pegawai kanan PDRM ke luar negeri pernah diluluskan badan berkanun berkenaan sejak tahun 2012.

Ini menurutnya termasuk pada 12 hingga 17 Jun 2012 berjumlah RM69,763 yang diluluskan Lembaga Pengarah (LP) badan berkenaan pada 27 Mac 2012, seterusnya pada 10 hingga 14 Jun 2013 berjumlah RM95,040 ( diluluskan LP pada 20 Mac 2013) dan 1 hingga 6 Mei 2014 berjumlah RM128,400 (diluluskan LP pada 11 Februari 2014).

“Ini jelas membuktika­n kesemua lawatan ini diluluskan semasa pentadbira­n kerajaan persekutua­n Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Tun Razak masih Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

LTM, ditubuhkan di bawah Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisato­r) 1961 (Akta 494) sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutua­n yang mengawal selia industri perlumbaan kuda.

Berikutan keputusan kerajaan untuk tidak lagi terlibat dengan operasi perjudian di negara ini secara langsung, maka operasi perjudian LTM telah diswastaka­n kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) pada 14 Mac 1991. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia