Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Kemenangan 2-1 kurangkan tekanan Sarri Chelsea mengatasi Malmo pada pusingan pertama peringkat 32 terakhir, Arsenal dikejutkan 1-0 oleh BATE Borisov

-

PARIS: Chelsea mencatatka­n kemenangan 2-1 di Malmo pada pusingan pertama peringkat 32 terakhir dalam Liga Europa kelmarin untuk mengurangk­an sedikit tekanan ke atas jurulatih, Maurizio Sarri, manakala Arsenal mengalami kekalahan mengejut kepada BATE Borisov.

Pasukan pelawat Chelsea amat memerlukan respons selepas dua kekalahan memalukan di tempat lawan, iaitu kekalahan 6-0 pada Ahad lepas di tangan Manchester City selepas mereka tewas 4-0 di Bournemout­h.

Ross Barkley mengambil kesempatan ke atas kelekaan barisan pertahanan pasukan t u a n r u - mah u n - t u k m e - letakkan Chelsea di hadapan pada minit ke-30, dan Oli v i e r Gir- oud menambah gol kedua pada minit ke- 58 sebelum gol lewat Malmo memberikan mereka sinar harapan untuk perlawanan timbal balik di Stamford Bridge pada minggu depan.

Chelsea menentang Manchester United dalam Piala FA pada Isnin ini sebelum mereka bertarung dengan City sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala Liga pada 24 Februari. “Saya gembira kerana kami bermain dengan yakin dan ia sebenarnya tidak begitu mudah selepas perlawanan terakhir (kekalahan kepada City),” kata Sarri kepada BT Sport.

“Saya rasa saya sentiasa yakin tetapi kadang- kadang kita menggunaka­n pendekatan yang salah dalam perlawanan, jadi kami perlu berhati-hati dalam setiap perlawanan.” Sarri memilih pasu k a n y a n g kuat, tetapi dia meletakkan Gonzalo Higuain dan Eden Hazard di bangku pemain simpanan. C h e l s e a mendapati diri menentang pasukan Malmo yang bersemanga­t pada separuh masa pertama, didorong oleh penonton tuan rumah yang riuh tetapi berjaya menangkis cabaran kelab Sweden itu sebelum Barkley menjaringk­an gol pertama mereka di tempat lawan bagi tahun 2019.

Pedro melakukan hantaran lintang yang sepatutnya ditanduk keluar oleh Lasse Nielsen, tetapi pemain pertahanan itu gagal dalam cubaannya untuk mengeluark­annya dengan tendangan voley, dan Barkley ada di sana untuk mengawal dan menyumbat bola ke dalam gawang.

Malmo bimbingan Uwe Rosler meningkatk­an lagi tekanan di hujung babak tersebut, tetapi Barkley dua kali menghasilk­an tandukan yang penting di gawang lawan untuk memastikan Chelsea berada di depan.

Namun gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu men- guasai perlawanan pada minit ke-58 dengan satu serangan balas yang cantik.

Barkley mengetuai serangan sebelum dia mengumpan bola kepada Willian, dan pemain Brazil itu memecut ke garisan padang sebelum dia menolak bola ke belakang kepada Giroud untuk menguis bola ke belakang dengan tumitnya bagi gol yang hebat.

Penyerang Perancis itu kini sudah menjaringk­an lima gol dalam enam perlawanan Liga Europa pada musim ini, walaupun hanya menjaringk­an satu gol sahaja dalam 23 perlawanan dalam pertanding­an domestik.

Namun Malmo akhirnya mendapatka­n gol yang sewajarnya bagi usaha mereka pada minit ke-80 apabila Anders Christians­en menolak bola melepasi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabala­ga.

Arsenal berdepan dengan cabaran yang menggunung untuk mara ekoran kekalahan 1-0 kepada BATE dalam perlawanan yang menyaksika­n Alexandre Lacazette dibuang dari padang kerana menyiku Aleksandar Filipovic lima minit sebelum tamat.

Stanislav Dragun meletakkan BATE di hadapan sejurus sebelum waktu rehat di Barysaw dan Arsenal tidak pernah mengancam untuk menjaringk­an gol penyamaan, dan penyingkir­an lewat Lacazette juga bermakna dia tidak akan bermain pada pusingan kedua di London pada minggu depan.

Pasukan Unai Emery kini sudah memenangi hanya dua sahaja dariapda sembilan perlawanan terakhir mereka di tempat lawan – kemenangan pada hujung minggu lepas ke atas kelab tercorot dalam EPL Huddersfie­ld dan kemenangan dalam Piala FA ke atas kelab divisyen tiga Blackpool.

Dalam perlawanan lain, Napoli memulakan kehidupan tanpa penjaring gol terbanyak Marek Hamsik dengan kemenangan 3-1 dalam suasana yang panas di FC Zurich.

Lorenzo Insigne, yang menggantik­an Hamsik sebagai kapten selepas pemain Slovakia itu berhijrah ke China, menjaringk­an go pembukaan, dan Jose Callejon serta Piotr Zielinski turut menemui sasaran.

Penyertaan Celtic di Eropah dipercayai sudah berakhir untuk satu lagi musim selepas ditumpaska­n 2-0 oleh Valencia di Parkhead.

Denis Cheryshev dan Ruben Sobrino menjaringk­an gol- gol untuk membantu kelab dari Sepanyol itu melanjutka­n siri tanpa kalah mereka baru-baru ini kepada enam perlawanan.

Inter Milan mencatatka­n kemenangan 1-0 di Rapid Vienna walaupun Mauro Icard enggan menyertai lawatan itu selepas dilucutkan jawatan kapten ekoran perbalahan kontrak, dengan Lautaro Martinez yang menjaringk­an gol kemengan menerusi tendangan penalti.

Jaringan Wissam Ben Yedder pada minit ke-22 membantu juara lima kali Sevilla mengambil langkah besar ke arah peringkat 16 terakhir dengan kemenangan 1-0 ke atas Lazio di Rom, manakala Benfica menyusuli kemenangan besar 10-0 ke atas Nacional pada hujung minggu lepas dengan kemenangan 2-1 di Galatasara­y.

Salzburg, yang mara ke peringkat separuh akhir pada musim lepas, tewas 2-1 di Club Brugge, manakala Sporting Lisbon yang bermain dengan 10 orang ditewaskan 1-0 oleh Villarreal di ibu negara Portugal — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pusingan pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa di antara BATE dan Arsenal di Minsk.
— Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pusingan pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa di antara BATE dan Arsenal di Minsk.
 ?? — Gambar Reuters ?? MENYERLAH: Giroud meraikan gol jaringanny­a pada pusingan pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa di antara Malmo dan Chelsea di Stadion Swedbank, Sweden.
— Gambar Reuters MENYERLAH: Giroud meraikan gol jaringanny­a pada pusingan pertama peringkat 32 terakhir Liga Europa di antara Malmo dan Chelsea di Stadion Swedbank, Sweden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia