Utusan Borneo (Sarawak)

Pemecatan Mourinho ‘makan’ belanja besar

-

Manchester United (MU) memberitah­u kelmarin bahawa pemecatan Jose Mourinho menyebabka­n kelab itu menanggung kos hampir £20 juta, manakala naib pengerusi eksekutif Ed Woodward memuji impak Ole Gunnar Solskjaer. Jumlah £19.6 juta (RM118 juta) yang disenaraik­an di bawah “item luar biasa” dalam hasil suku kedua kelab, termasuk pembayaran kepada anggota kakitangan Mourinho yang meninggalk­an kelab bersamanya selepas dia dipecat pada Disember lalu. Nasib kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah berubah sejak Solskjaer memegang teraju s e b a g a i pengurus sementara.

MU kini berada dalam kelompok empat teratas setelah ketinggala­n 11 mata di belakang tempat kelayakan Liga Juara- Juara ketika Mourin

ho men- inggalkan kelab. Solskjaer menang 10 dan seri sekali dalam 11 perlawanan pembukanny­a tetapi pencapaian yang menakjubka­n itu berakhir Selasa lepas apabila MU tewas 20 di tempat sendiri dalam Liga JuaraJuara kepada Paris SaintGerma­in. Bercakap di satu pertemuan bersama pelabur, Woodward memuji “permulaan hebat” di bawah pengurus dari Norway itu, yang mencipta rekod kelab apabila dia memenangi lapan perlawanan pertamanya selaku pengendali. Namun dia enggan bercakap mengenai proses pelantikan pengurus tetap yang baharu.

“Kami memaklumka­n sekitar Disember tentang apa yang kami buat dengan meletakkan Ole sebagai pengurus sementara dan komunikasi seterusnya mengenai perkara in adalah apabila kita ada sesuatu untuk diumumkan mengena pengurus,” katanya. “Kam tidak akan memberikan maklumat terkini pada pertengaha­n jalan.”

Dia juga keberatan untuk bercakap mengenai laporan yang menyebut kelab itu sedang mencari pengarah bola sepak.

“Banyak yang ternyata sudah ditulis mengenai perkara ini. Mengenai struktur keseluruha­n, kami sedang meneliti perkara itu dan melihat cara kami dapat menjadikan­nya lebih kukuh lag dan itu adalah sesuatu yang kami buat secara berterusan,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SOLSKJAER TERIMA HABUAN: Gambar fail bertarikh 18 Disembe 2018 ini menunjukka­n Mourinho meninggalk­an kediamanny­a selepas dipecat dari jawatan jurulatih Manchester United.
— Gambar Reuters SOLSKJAER TERIMA HABUAN: Gambar fail bertarikh 18 Disembe 2018 ini menunjukka­n Mourinho meninggalk­an kediamanny­a selepas dipecat dari jawatan jurulatih Manchester United.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERMINAT: Gambar kombinasi menunjukka­n presiden dari Paraguay (kiri), Argentina, Uruguay dan Chile yang ingin membuat bidaan bersama bagi menganjurk­an Piala Dunia 2030.
— Gambar AFP BERMINAT: Gambar kombinasi menunjukka­n presiden dari Paraguay (kiri), Argentina, Uruguay dan Chile yang ingin membuat bidaan bersama bagi menganjurk­an Piala Dunia 2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia