Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka bidaan bersama anjurkan Piala Dunia 2030

-

Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay akan mengemukak­an bidaan bersama untuk menganjurk­an Piala Dunia 2030, Presiden Chile Sebastian Pinera mengumumka­n kelmarin.

Argentina, Paraguay dan Uruguay sudah mengemukak­an bidaan bersama untuk menganjurk­an edisi ulang tahun ke- 100 bagi kejohanan paling berprestij dalam sukan bola sepak, tetapi Pinera berkata dalam Twitter bahawa presiden negara terbabit sudah bersetuju dengan penyertaan Chile dalam “pencalonan bersama”.

Argentina dan Uruguay pada mulanya mengumumka­n hasrat untuk mengemukak­an bidaan bersama pada 2017 sebelum Paraguay menyertai pakatan itu pada hujung tahun itu.

Pada Disember tahun lepas, presiden gila bola Bolivia, Evo Morales, menawarkan bantuan kepada tiga negara tersebut dalam bidaan mereka, dengan mencadangk­an “dua atau tiga bahagian sebagai kerusi kecil” untuk pertanding­an itu.

Jika tawarannya diterima dahulu, ia bermakna stadium Hernando Siles Reyes stadium di La Paz berpotensi dimasukkan sebagai venue tuan rumah.

Pinera berkata dia telah meuar- uarkan ideanya kepada presiden Argentina, Paraguay dan Uruguay selama beberapa bulan.

Uruguay menganjurk­an dan memenangi Piala Dunia pertama pada 1930, Chile menjadi venue pada 1962 dan Argentina meniru pencapaian negara jirannya dengan menjulang piala di tanah air sendiri pada 1978.

Seperti Morales, Mauricio Macri dari Argentina, Tabare Vazquez dari Uruguay dan Mario Abdo Benitez dari Paraguay semua amat meminati sukan bola sepak selepas semua mereka pernah menjadi presiden kelab di negara masingmasi­ng.

Bidaan Amerika Selatan mendapat saingan daripada Maghribi dan beberapa bidaan bersama lain yang berpotensi, termasuk satu dari Britain dan Ireland, dan satu satu lagi oleh konfederas­i timur Eropah yang dianggotai Greece, Serbia, Bulgaria dan Romania.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez malah telah mencadangk­an bidaan bersama Maghribi, yang sudah gagal lima kali dalam bidaan untuk menganjurk­an Piala Dunia, dan Portugal.

— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia