Utusan Borneo (Sarawak)

Perkara tumpuan di La Liga Sepanyol

-

Barcelona pasti berharap untuk mengukuhka­n penguasaan mereka dalam perebutan kejuaraan pada malam ini ( Sabtu) selepas keadaan yang tidak menentu

Apabila Ousmane Dembele tercedera buku lalinya pada Januari lepas, pintu terbuka bagi Philippe Coutinho untuk meninggalk­an kesan di Barca.

Sebaliknya dia telah mempamerka­n siri persembaha­n yang hambar sehinggaka­n ada yang malah menyoal masa depannya bagi jangka panjang.

Dengan Dembele yang kini sudah cergas semula, ia masih belum diketahui sama ada pemain Brazil itu akan memulakan perlawanan pada malam ini menentang Real Valladolid. memberi harapan baharu kepada Real Madrid dalam La Liga.

Di sini, AFP Sport melihat lima perkara perbincang­an menjelang pusingan ke-24. Prestasi Coutinho membimbang­kan Kecergasan Messi menarik perhatian

Lionel Messi nampak kurang cergas dalam perlawanan menentang Real Madrid dalam Copa del Rey dan kemudian memulakan perlawanan di tempat sendiri dengan Athletic Bilbao.

Minggu tanpa perlawanan mungkin telah memberi masa kepada Messi untuk pulih daripada ketegangan paha tetapi Valverde ada satu lagi keputusan untuk dibuat pada hujung minggu ini, khususnya dengan perlawanan menentang Lyon dalam

Liga Juara-Juara. Simeone dengan cabaran untuk dihadapi

Atletico Madrid kelmarin mengumumka­n Diego Simeone telah melanjutka­n kontraknya selaku jurulatih sehingga 2022 dan tidak ramai yang akan menyatakan bahawa tindakan pengurus dari Argentina itu untuk menyerahka­n masa depannya bukanlah berita yang amat baik bagi kelab itu.

Namun dua kekalahan berturut-turut dalam La Liga kepada Real Betis dan Rea Madrid, telah menimbulka­n keraguan mengenai keseriusan cabaran mereka untuk memenangi kejuaraan.

 ??  ?? MESSI
MESSI
 ??  ?? SIMEONE
SIMEONE
 ??  ?? COUTINHO
COUTINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia