Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet beri kelulusan khas Kinrara Oval terus operasi

-

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mengesahka­n kabinet bersetuju memberikan kelulusan khas kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) untuk meneruskan operasi di tapak asal pusat kriket nasional, Kinrara Oval.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu merupakan penyelesai­an kepada kemelut melibatkan MCA dan pemilik tanah, Perumahan Kinrara Berhad (PKB) apabila tempoh pajakan bermula 1 Nov 2013 tamat pada 31 Okt tahun lepas.

“KBS telah mengadakan perbincang­an dengan pihak- pihak yang terlibat termasukla­h PKB. Lanjutan tempoh operasi akan dibincangk­an melalui mesyuarat tiga hala di antara KBS, PKB dan MCA nanti dan satu penyelesai­an bersama akan dipastikan agar dapat memberikan keputusan terbaik kepada semua pihak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Syed Saddiq, kelulusan khas itu diberi bagi memastikan pembanguna­n sukan kriket negara akan terus dibantu dan disokong demi kemajuan sukan negara.

Katanya, kerajaan komited terhadap pembanguna­n sukan kriket yang telah berkembang sejak sedekad lalu termasuk kepentinga­n prasarana sukan seperti Kinrara Oval yang cukup signifikan dengan sukan kriket Malaysia.

Kinrara Oval mempunyai kemudahan lengkap seperti ibu pejabat, asrama pemain serta gelanggang latihan dan MCA sudah melabur jutaan ringgit dalam membangunk­an infrastruk­tur Kinrara Oval bagi memastikan kualiti gelanggang mencapai standard antarabang­sa.

Untuk rekod, Kinrara Oval pernah menjadi tuan rumah beberapa temasya dan kejohanan seperti Piala Dunia Bawah-19 tahun pada 2008 dan Sukan SEA 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia