Utusan Borneo (Sarawak)

Sasar layak ke semifinal kejuaraan B-22 ASEAN

-

LONDON: Lando Norris yang akan menjadi pemandu Formula Satu ( F1) paling muda dari Britain apabila musim bermula di Australia pada Mac berkata dia harap dia dapat bertindak balas secara positif kepada tekanan kuat yang datang daripada memandu untuk pasukan bersejarah McLaren.

Pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kasut yang begitu besar untuk diisi selepas dia dipilih sebagai pengganti kepada juara dunia dua kali dari Sepanyol, Fernando Alonso, yang berundur pada hujung musim lepas setelah dia kecewa dengan kekurangan kemajuan di pasukan yang dahulu hebat itu.

Lando dan rakan sepasukan dari Sepanyol, Carlos Sainz – pemandu dari Belgium, Stoffel Vandoorne, telah dilepaskan – mempunyai cabaran yang getir di hadapan mereka.

McLaren memenangi kejuaraan terakhir daripada lapan kejuaraan pembuat kereta mereka pada 1998 dan menamatkan musim serendah tempat kesembilan dalam dua daripada empat kejohanan terakhir.

“Saya ada banyak cabaran untuk diatasi dengan sejarah McLaren,” kata Norris di pelancaran kereta 2019 kelmarin.

“Beban adalah banyak di atas bahu saya.

“Saya akan cuba menjadikan­nya kesan yang positif dan berharap untuk memiliki karier yang lama dalam Formula Satu mengambil kira usia saya sekarang.”

Norris berkata untuk mengembali­kan kehebatan silam kepada McLaren, dia dan Sainz, 24 – yang ada pengalaman selama empat tahun dalam F1 – perlu bekerja bersama.

“Bersama jika kami mahu kembali memenangi perlumbaan dan memenangi kejuaraan dengan McLaren. Ia adalah penting bahawa Carlos dan saya bekerja bersama,” kata Norris. — AFP

Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menyasarka­n skuad muda negara mampu layak ke peringkat separuh akhir Kejuaraan B-22 Konfederas­i Bola Sepak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja yang bermula pada 18 Februari ini.

Beliau menegaskan sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya pemainnya memberikan persembaha­n terbaik pada kejohanan berkenaan walaupun sempat menjalani latihan singkat selama lima hari sahaja.

“Secara realiti, kita harus bersikap realistik kerana kita ketiadaan beberapa pemain utama, namun kita cuba untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya, tetapi lebih penting bagi saya, pemain-pemain dapat pendedahan sebelum beraksi pada pusingan kelayakan AFC (Konfederas­i Bola Sepak Asia) pada bulan Mac nanti,” jelas Kim Swee ketika ditemui pemberita sebelum skuad negara berlepas ke Kemboja di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Beliau mendedahka­n beberapa pasukan telah membuat persediaan awal termasuk Myanmar yang mengambil keputusan menghentik­an liga mereka selama sebulan bagi memberi laluan kepada skuad B-22 mereka menjalani latihan rapi, selain Indonesia yang telah menjalani latihan sejak dua minggu lepas. Persiapan skuad B22 negara sebelum ini dilaporkan ter- jejas susulan keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain mereka bagi mewakili negara pada kejohanan berkenaan.

Kim Swee telah menyenarai­kan 23 pemain untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan berke n a a n y a n g k a l i t e r a - khir diadakan p a d a 2005. M a l a y - sia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Feb diikuti Indonesia (20 Feb), sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Myanmar, selang dua hari kemudian.

Juara bertahan, Thailand mengetuai cabaran kumpulan A bersama Vietnam, Timor-Leste dan Filipina. Tiga pasukan iaitu Singapura, Brunei dan Laos mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan berkenaan, namun tidak menyatakan punca mereka berbuat demikian.

Berdasarka­n format kejohanan, dua pasukan teratas daripada kumpulan A dan B, layak ke separuh akhir pada 24 Feb, manakala aksi final dijadual pada 26 Feb, dengan semua perlawanan akan berlangsun­g di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh.

Senarai 23 pemain ialah Muhammad Azri Ab Ghani, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir (Felda United); Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Danial Haqim Draman, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Azli Nik Alias ( Kelantan); R. Kogileswar­an, R. Dinesh (Pahang); Damien Lim Chien Khai, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Ariff Ar- Rasyid Ariffin ( PKNS FC)

Evan Wensley Wenceslaus, Ariusdius Jais (Sabah); Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin (JDT); Mohamad Hariz Kamarudin (JDT II); Muhammad Amirul Ashraf Ariffin (UiTM FC); Muhammad Nazirul Afif Ibrahim (Perak); Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur); Muhammad Izzan Syahmi Mustapa ( Terengganu FC); Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama), K. Thivandara­n (Petaling Jaya City FC); Danish Haziq Saipul Hisham (Negeri Sembilan). — Bernama Vinicius mengetuai barisan serangan Madrid

“Dia menunjukka­n kehebatan yang boleh dicapainya,” kata jurulatih Ajax, Erik Ten Hag, selepas Vinicius Junior mengucar-kacirkan barisan pertahanan­nya dalam kekalahan 2-1 kepda Real Madrid pada Rabu lepas.

Persembaha­n Vinicius cenderung mengikuti corak yang sama, dengan usia mudanya yang sering ditampilka­n dalam keputusan yang salah dan keghairaha­n yang keterlalua­n.

Namun ditabur antaranya adalah waktu hebat yang telah menjadikan penyerang itu satu daripada nama-nama pertama dalam senarai pasukan sejak beberapa minggu lepas.

Pada satu ketika nanti, Santiago Solari mungkin merasakan pemain berusia 18 tahun itu memerlukan rehat pada musim sulungnya ini.

Madrid ada pilihan pada waktu mereka memerlukan­nya. — AFP

 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE
 ??  ?? VINICIUS
VINICIUS
 ??  ?? SYED SADDIQ
SYED SADDIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia