Utusan Borneo (Sarawak)

SK Sungai Sebatu juara MSSR Subis 2019

-

Sekolah Kebangsaan ( SK) Sungai Sebatu membuktika­n kehebatan selepas menewaskan sebanyak 43 sekolah rendah lain pada temasya sukan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Daerah Subis 2019 berlangsun­g di Stadium Miri, kelmarin.

Sekolah itu bukan hanya bergelar juara dengan kutipan 159 markah daripada lapan pingat emas, tujuh perak dan empat gangsa malah muridnya, Patrick Nawan dinobatkan sebagai atlet terbaik.

Patrick menyumbang dua pingat emas melalui acara individu 200m dan lompat jauh dan dua lagi pingat emas dalam acara lari berganti-ganti 4x200m dan 4x100m.

Naib juara disandang SK Batu Niah dengan mengumpul markah 137 melalui lapan pingat emas dan tiga masing-masing pingat perak dan gangsa.

Murid sekolah itu, Geneviene Mbang Rimong menyumbang dua pingat emas dalam acara lompat jauh dan 100m selain emas untuk acara lari berganti-ganti 4x100m.

Sementara itu, SK Kampung Tegageng menduduki tempat ketiga dengan kutipan markah 99 melalui empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.

Hadiah disampaika­n oleh Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dan Pegawai Pendidikan Daerah Subis, Seripah Azizah Wan Hussain.

Seramai 769 murid-murid dari 44 sekolah rendah daerah Subis mengambil bahagian pada temasya sukan dua har itu sekali gus memilih waki ke MSSR Peringkat Bahagian Miri berlangsun­g di sini pada 5 Mac depan.

 ??  ?? TERBAIK: (Barisan kedua tiga dari kanan) Azizah, Lukanisman dan bersama tiga pemenang teratas termasuk atlet terbaik, Patrick (kanan barisan hadapan) dan Geneviene (kiri).
TERBAIK: (Barisan kedua tiga dari kanan) Azizah, Lukanisman dan bersama tiga pemenang teratas termasuk atlet terbaik, Patrick (kanan barisan hadapan) dan Geneviene (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia