Utusan Borneo (Sarawak)

Yuta ikrar beri persembaha­n terbaik bersama Kuching FA

-

Pemain import dari Jepun, Yuta Suzuki berikrar untuk memberikan yang terbaik bagi membantu skuad Kuching FA memburu kejuaraan pada saingan Liga M3 musim ini.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu berkata, Kuching FA sebuah pasukan yang bagus dan beliau tidak sabar untuk menyarung jersi pasukan baharunya itu.

“Terima kasih kepada Kuching FA kerana memberi saya peluang untuk menyertai mereka. Saya berasa sangat gembira dapat menyertai Kuching FA dan merasakan sudah menjadi sebahagian daripada keluarga pasukan warga kota ini.

“Sudah tentu saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan Kuching FA musim ini,” katanya selepas majlis menandatan­gani kontrak di Pusat Khidmat DUN Tupong di sini semalam.

Yuta sebelum ini pernah beraksi di Republik Czech dan kelab terakhir disertainy­a adalah Phnom Penh Crown FC yang bersaing dalam Liga Kemboja pada 2017.

Pemain import itu memulakan karier bola sepaknya dengan pasukan universiti iaitu Senshu University Soccer Team pada 2009 hingga 2013.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Fazzrudin Abdul Rahman mengalu- alukan kedatangan Yuta bersama skuad Kuching FA sambil percaya kehadiran pemain import dari negara Jepun itu dapat membantu memantapka­n jentera tengah pasukannya.

“Pengurusan melihat corak permainan beliau (Yuta) amat menepati mutu permainan Kuching FA. Justeru barisan jurulatih memberi pandangan kepada pengurusan dan kita bersetuju menandatan­gani kontraknya.

“Kita juga beruntung kerana gaji beliau dibayar oleh syarikat Yakult, maksudnya kita tidak menanggung sebarang kos dan kita mendapat pemain yang begitu baik.

“Namun, apa yang penting beliau menepati apa yang sistem jurulatih kita perlukan untuk memantapka­n pasukan Kuching FA musim ini,” kata Fazzrudin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) itu berkata Kuching FA juga sedang berbincang dengan sebuah syarikat dari Korea untuk mendapatka­n seorang lagi penyerang sebelum saingan Liga M3 bermula pada 16 Mac depan.

Mengulas mengenai perlawanan Piala FA menentang ATM petang ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu mahu pemainpema­in tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri untuk memperoleh­i kemenangan.

Sehubungan itu, beliau menyeru penyokongp­enyokong setia bola sepak tempatan hadir memenuhi Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching bermula jam 3.30 petang ini.

 ??  ?? IMPORT: Fazzrudin bersalaman dengan Yuta sambil disaksikan penolong pengurus pasukan Kuching FA, Iswandi Ali Hassan.
IMPORT: Fazzrudin bersalaman dengan Yuta sambil disaksikan penolong pengurus pasukan Kuching FA, Iswandi Ali Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia