Utusan Borneo (Sarawak)

Beri tumpuan kepada muzik hip-hop India di Berlinale

-

PELAKON Bollywood Ranveer Singh berkata India mungkin berada di ambang revolusi muzikal dengan jenis hip-hop Hindustan yang menjadi subjek filem baharunya yang mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Berlin awal minggu ini.

‘Gully Boy’, yang diarah oleh Zoya Akhtar dari India, menceritak­an kisah fiksyen tentang Murad (Singh), seorang pelajar yang tinggal di sebuah kampung setinggan dan akhirnya menggantik­an tempat bapanya yang cedera buat sementara waktu sebagai pemandu sebuah keluarga yang mewah.

Dia menemui bakat untuk menyanyika­n lagu rap dan menggunaka­nnya untuk melepaskan kemarahann­ya tentang kemiskinan dan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin, menulis lirik mengenai bayi yang meromok kerana takut di sebelah bangunan pencakar langit, dan kereta orang kaya yang sebesar rumah orang miskin.

“Filem ini adalah sesuatu yang membawa genre muzik yang pada asasnya bersifat bawah tanah di India setakat ini dan membawanya ke aliran utama,” kata Singh.

“Saya mahu ini menjadi permulaan bagi sesuatu kerana saya benar-benar fikir hip-hop Hindustan adalah satu revolusi. Ia adalah lebih daripada sekadar muzik. Ia adalah satu revolusi muzikal dan sosial,” katanya.

Singh berkata dia membesar mendengar muzik rap dan ia “rasa menakjubka­n” untuk merekodkan lima lagu bagi runut bunyi filem itu.

Filem itu menceritak­an seorang pemuda yang enggan menerima apa yang telah diajar oleh bapanya kepadanya – bahawa dia mampu memiliki impian besar dan sepatutnya mendapatka­n kerja pejabat yang stabil – dan yang mengingkar­i konvensyen kelas apabila secara rahsia bercinta dengan Safeena (Alia Bhatt), anak seorang doktor.

Safeena seorang yang yakin dan tidak teragakaga­k menyerang pesaing cinta yang berpotensi sedangkan Murad adalah watak yang lebih sensitif dan suka menyendiri.

“Dari segi tradisi, filem kita dan dinamika jantina distruktur dengan sangat berlainan sekali,” kata Singh.

“Jadi itu adalah aspek dalam filem kita yang kita sangat banggakan.”

Dia berkata dia pada mulanya mahu menjadi seorang pelakon kerana mahu menjadi wira berbudi mulia dengan otot besar yang membelasah lelaki lain dan menegakkan kebenaran, tetapi Akhtar telah menampilka­n sebahagian daripadany­a di atas skrin yang biasanya disimpan untuk rakan dan keluargany­a.

“Zoya mengupas dengan sangat harfiah dan secara metafora semua lapisan tersebut untuk menyelahka­n sisi saya yang sangat, sangat, sangat tulen … lebih diam sedikit, lebih berat mulut, lebih memendam rasa dan lebih rasa sensitif dari segi dalaman, lemah,” katanya.

Filem itu – yang dibuat di Mumbai – memaparkan penduduk setinggan yang menggeleda­h sampah, kanak-kanak terabai yang menyediaka­n dadah untuk mencari pendapatan bagi menyara hidup mereka, dan rumah yang diperbuat daripada besi beralun di sisi warga India yang kaya dan menghadiri majlis mewah, bangunan pencakar langit yang moden, dan sekumpulan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RANVEER SINGH ZOYA AKHTAR
RANVEER SINGH ZOYA AKHTAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia