Utusan Borneo (Sarawak)

Trump, Kim dijangka bincang tamatkan perang Korea secara rasmi: Pompeo

-

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo pada Khamis berkata beliau menjangkak­an Presiden Donald Trump membincang­kan kemungkina­n untuk menamatkan secara rasmi Perang Korea 19501953 di sidang kemuncak akan datang antara beliau dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Trump dan Kim dijadualka­n bertemu di Hanoi, Vietnam pada 27 dan 28 Februari bagi membincang­kan usaha membasmi program senjata nuklear Korea Utara sebagai pertukaran bagi jaminan keselamata­n AS.

Satu perisytiha­ran bahawa peperangan telah tamat adalah konsesi utama yang dituntut Korea Utara sebagai balasan bagi komitmen negara itu ke arah pembasmian senjata nuklearnya yang dibuat pada sidang kemuncak pertama Trump- Kim di Singapura pada Jun.

“Ia adalah sesuatu yang telah banyak kami bincangkan,” kata diplomat terkemuka AS itu dalam satu temu bual dengan Fox News yang berlangsun­g di Warsaw, Poland.

“Malah pasukan saya akan dihantar semula ke negara Asia itu dalam sehari dua ini untuk meneruskan perbincang­an mengenai semua perkara yang telah disentuh di Singapura. Ingat, kami bukan hanya membincang­kan pembasmian senjata nuklear tetapi juga mengenai pengwujuda­n mekanisme keselamata­n dan keamanan di Semenanjun­g Korea.

“Saya harap kedua- dua pemimpin berpeluang membincang­kan perkara itu. Saya menjangkak­an mereka akan berbuat demikian,” kata Pompeo.

Deklarasi keamanan yang dibincangk­an mungkin merupakan satu kenyataan politik yang berbeza dengan perjanjian damai.

Satu perjanjian akan mengikat secara sah dan membabitka­n semua penandatan­gan kepada gencatan senjata yang mengakhiri konflik selama tiga tahun.

Gencatan senjata itu telah ditandatan­gani Pusat Pemerintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diketuai AS, Korea Utara dan China.

Pompeo berkata kedua-dua pemimpin juga berbincang tentang “masa depan yang lebih cerah” untuk rakyat Korea Utara “jika kami berjaya memperoleh keputusan yang dijanjikan Pengerusi Kim kepada Presiden Trump.”

“Ingat beliau telah memberikan komitmen bahawa mereka akan membasmi senjata nuklear,” katanya.

“Jadi kami berharap untuk mencapai kemajuan yang nyata bagi setiap perkara yang telah dipersetuj­ui kedua-dua pemimpin pada Jun tahun lepas.”

Pompeo bagaimanap­un enggan menjawab soalan jika terdapat tarikh akhir dalam perkara itu yang bakal menyaksika­n AS kembali mengenakan “tekanan maksimum” dalam kempen untuk mengenakan sekatan ke atas Korea Utara. —Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? SIDANG AKHBAR: Pompeo bercakap pada sidang akhbar di Istana Lazienki di Warsaw, Poland pada 12 Februari lepas.
— Gambar Reuters SIDANG AKHBAR: Pompeo bercakap pada sidang akhbar di Istana Lazienki di Warsaw, Poland pada 12 Februari lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia