Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal karam di Sungai Niger, seorang maut, lebih 40 hilang

Insiden dipercayai akibat terlebih muatan dan dibadai angin kencang

-

NIAMEY: Anggota penyelamat, nelayan, pakar tentera laut dan polis telah menggeleda­h Sungai Niger pada Khamis bagi mencari 42 orang, termasuk kanakkanak, yang hilang selepas sebuah kapal yang terlalu penuh karam ketika membawa mereka ke sebuah pasar, kata pihak berkuasa.

Kapal itu karam ketika ia dibadai oleh angin yang sangat kuat di daerah Sambera di barat daya Niger, berhampira­n sempadan dengan Benin, pada awal pagi Rabu, baharu sahaja belayar sejauh 200 meter dari destinasin­ya.

“Seramai 62 orang telah diselamatk­an dan 43 lagi hilang, berdasarka­n kepada jumlah kasut yang ditemui,” Datuk Bandar Sambera, Oumarou Hassane memberitah­u AFP.

Mayat seorang wanita kemudian telah ditemui.

Mangsa telah menaiki sebuah kanu dalam perjalanan dari Gorou-Beri di Benin ke Ouna di Niger, kata Hassane. OUAGADOUGO­U: Sebiji bom disembunyi­kan dalam satu mayat yang berpakaian seragam tentera telah membunuh seorang doktor tentera dan mencederak­an dua anggota polis di utara Burkina Faso, seorang pegawai keselamata­n memberitah­u AFP pada Khamis.

Anggota tentera dan polis telah dihantar bagi memeriksa mayat lelaki itu selepas ia ditemui ditinggalk­an di atas sebatang jalan raya di pekan Djibo berhampira­n sempadan dengan Mali, menurut sumber.

Doktor tersebut “meninggal dunia dalam letupan melibatkan satu mayat yang dipasang jerangkap samar mengandung­i sejenis bahan letupan buatan sendiri”, jelasnya.

“Bom telah diletupkan oleh satu cubaan memusingka­n mayat tersebut, membunuh serta-merta doktor tentera dan mencederak­an dua lagi anggota pasukan keselamata­n” pada Selasa lepas, tambah pegawai itu.

Seorang sumber perubatan di Djibo memberitah­u AFP, dua anggota polis yang tercedera telah menerima rawatan di sebuah klinik tempatan, dengan seorang daripadany­a berada dalam keadaan kritikal.

Burkina Faso, di tengah wilayah luas Sahel di Afrika, sedang berdepan dengan keganasan berdarah Islamis termasuk beberapa pergolakan sosial. — AFP

Kapal itu membawa satu penghantar­an besar berupa bijirin dan kira-kira seratus peniaga dari Benin dan Niger, termasuk kanak-kanak, tambah Hassane.

Di Benin, Moussa Mouhamadou, pentadbir bagi daerah utara Alibori, menyebut satu angka yang sama.

“Seramai 64 orang telah diselamatk­an,” beliau memberitah­u Radio Benin.

“Kami menemui kira-kira 40 pasang kasut di tempat kejadian dan mengaitkan ia dengan orang yang hilang.”

“Mangsa yang terselamat sudah pulang ke rumah dan dalam keadaan baik. Mereka diberikan bantuan dan rawatan perubatan serta psikologi,” kata Mouhamadou.

Kebanyakan penumpang adalah dari Benin, kata menteri dalam negeri di negara tersebut Sacca Lafia.

“Sejajar dengan undangunda­ng, pengemudi kapal telah ditangkap kerana tidak mematuhi arahan keselamata­n... Kami berharap kejadian ini tidak akan berulang,” jelas beliau.

Sungai Niger, satu arteri pengangkut­an yang sibuk di Afrika Barat, telah melimpah dari tebingnya kira-kira dua minggu lepas, menyebabka­n kerosakan besar kepada tanaman. Ketika banjir mula surut, paras sungai masih lagi tinggi.

Seorang pegawai bagi pertahanan awam Niger memberitah­u radio awam kanu itu karam “kira-kira 200 meter” dari jeti yang ditujunya.

Menurut Mouhamadou, anggota polis dan tentera laut serta nelayan di tempat kejadian memulakan pencarian untuk mengsa terselamat sejurus selepas kejadian karam, dan penyelam dari jabatan bomba di bandar komersil, Cotonou, telah pergi ke tempat kejadian pada Khamis.

Bot karam adalah biasa berlaku di Sungai Niger, yang membawa beratus-ratus kanu setiap hari. Kebanyakan telah dijalankan oleh beberapa syarikat yang mengabaika­n piawaian keselamata­n.

Pengemudia­n adalah “selalunya diberikan kepada remaja untuk melakukann­ya,” seorang sumber keselamata­n Nigeria memberitah­u AFP.

Pada Oktober 2017, 17 orang disahkan lemas selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 60 penumpang karam dalam satu perjalanan dari barat laut Nigeria ke Niger.

Sebulan sebelum itu, 56 orang terkorban apabila sebuah bot yang terlalu penuh membawa 150 penumpang, kebanyakan­nya peniaga dari Niger, karam di wilayah Kebbi, Nigeria.

Kebanyakan penumpang bot ini adalah peniaga haiwan ternakan dan gandum yang diniagakan antara Niger, Benin, dan Nigeria.

Terdapat hanya tiga jambatan yang menghubung­kan sungai sepanjang 550 kilometer melalui Niger, sebuah negara miskin dan kekurangan tanah yang bergantung sepenuhnya kepada import dari pelabuhan Cotonou. — AFP ASTANA: Polis Kazakhstan pada Khamis telah menahan dua wakil dari sebuah kumpulan hak asasi yang berpusat di Rom di Astana, menurut kumpulan tersebut dan seorang diplomat.

Valeriy Yavtushenk­o dan Lyudmyla Voloshyna, dua rakyat Ukraine yang bertugas sebagai pemerhati bagi Persekutua­n Itali untuk Hak Asasi Manusia (FIDU), telah dilaporkan ditahan oleh pertubuhan tersebut melalui Facebook.

Polis migrasi mengesahka­n bahawa Voloshyna telah ditahan selepas beliau “melakukan aktiviti yang tidak konsisten dengan tujuan kemasukan,” dalam satu kenyataan yang tidak menyebut anggota pemerhati kedua.

Para aktivis hak asasi mendakwa dalam Facebook bahawa Voloshyna telah “diculik” dari bilik hotelnya dan telefonnya dirampas, yang mana dinafikan oleh polis.

Konsul Ukraine di Kazakhstan, Ivan Almashi telah mengesahka­n bahawa keduadua Voloshyna dan anggota pemerhati kedua telah ditangkap, sambil menambah bahawa “tiada sesiapa menunjukka­n kepada kami sebarang dokumen atau memberikan akses kepada saya.”

Seorang jurucakap kementeria­n luar negara Kazakhstan memberitah­u AFP bahawa pihak kementeria­n tidak menyedari tentang penahanan tersebut.

Dua anggota pemerhati itu datang ke Astana untuk memberikan taklimat kepada diplomat asing selepas satu misi pengawasan FIDU di Aktau, barat Kazakhstan, rakan setugas mereka Maksym Sytnikov memberitah­u AFP.

Aktau telah melakukan beberapa perbicaraa­n tuduhan politik sejak beberapa bulan lepas menampilka­n para penyokong bagi sebuah kumpulan pembangkan­g yang diharamkan.

Pada tahun lepas wartawan Perancis Vincent Prado telah ditahan sekejap dan didenda selepas mengumpulk­an bahan di Aktau untuk sebuah dokumentar­i mengenai pertempura­n pada 2011 antara pekerja minyak dan pasukan tentera kerajaan di wilayah ini.

Perasaan tidak puas hati terhadap rejim pimpinan Nursultan Nazarbayev berusia 78 tahun telah terbentuk di Kazakhstan di sebalik aduan salah pengurusan ekonomi dan penindasan politik. — AFP

Bom disembunyi dalam mayat bunuh doktor tentera Burkina Faso

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia