Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat terhempas, juruterban­g Kenya dan empat penumpang warga asing maut

-

Seorang juruterban­g rakyat Kenya dan empat penumpang warga asing maut selepas sebuah pesawat kecil yang membawa mereka dari kawasan rizab semula jadi terkenal Maasai Mara terhempas di bahagian barat negara itu, kata polis.

“Terdapat lima orang dalam pesawat itu dan tiada mangsa yang selamat,” kata Edward Mwamburi, ketua polis wilayah Rift Valley.

Beliau berkata pesawat Cessna itu dalam perjalanan dari Maasai Mara ke Lodwar berhampira­n Tasik Turkana, yang juga popular dalam kalangan pelancong pada Rabu.

Perkhidmat­an bantuan kecemasan telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pada Jun tahun lepas, sebuah pesawat milik syarikat penerbanga­n FlySAX terhempas di pinggir kawasan pergununga­n Aberdares dan menyebabka­n 10 orang terbunuh.

Pada Oktober 2017, lima penumpang terkorban apabila sebuah helikopter terjunam ke dalam Tasik Nakuru manakala pada 2012, sebuah helikopter yang membawa Menteri Dalam Negeri George Saitoti telah terhempas, menyebabka­n kesemua enam penumpang maut.

Nahas udara paling dahsyat di Kenya berlaku pada 2007 apabila penerbanga­n Kenya Airways dari Abidjan ke Nairobi melalui Douala terhempas di sebuah kawasan paya sejurus berlepas dan meragut nyawa kesemua 114 penumpang.

Pada tahun 2000, satu lagi penerbanga­n Kenya Airways dari Abidjan ke Nairobi telah terhempas di Lautan Atlantik beberapa minit sejurus berlepas dan menyebabka­n 169 orang maut manakala 10 lagi terselamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia