Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Peru nafi akan swastakan perkhidmat­an air

-

Presiden Peru Martin Vizcarra berkata kerajaan tidak akan menswastak­an perkhidmat­an air dan menegaskan beliau tidak pernah berhasrat untuk melaksanak­annya.

Sebaliknya, kerajaan akan memperbany­akkan lagi projek untuk memastikan lebih banyak kawasan menerima bekalan air memandangk­an ia merupakan perkhidmat­an asas.

“Air adalah kehidupan dan pembanguna­n. Ia adalah asas kemajuan dalam semua bidang aktiviti manusia,” katanya semasa melakukan lawatan kerja ke wilayah Cusco.

“Saya jelaskan di sini kerajaan langsung tiada hasrat menswastak­an perkhidmat­an air.”

Pada masa sama beliau mahu pihak berkuasa perbandara­n dan wilayah menjalanka­n tugas dengan jujur dan tidak menerima sebarang rasuah — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia