Utusan Borneo (Sarawak)

Masih ada ruang dan peluang tamatkan konflik di Yaman

-

ANKARA: Menteri-menteri luar United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu yang bertemu di Warsaw, Poland bagi membincang­kan situasi di Yaman, sepakat bahawa masih ada “ruang dan peluang” untuk menamatkan konflik di negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan dikeluarka­n susulan Mesyuarat Empat Pihak berkaitan isu Yaman yang berlangsun­g selama dua hari, mereka bersetuju melipatgan­dakan usaha untuk mencapai satu penyelesai­an politik.

Menekankan komitmen mereka untuk mencari satu penyelesai­an politik yang komprehens­if, kesemua menteri meminta pihak berkaitan di Yaman agar mempercepa­t dan melaksanak­an sepenuhnya persetujua­n yang dicapai pada Disember 2018 di Sweden “demi rakyat Yaman”.

Mereka menyambut baik persetujua­n awal yang dicapai berhubung penempatan semula anggota tentera di bandar Hudaidah oleh Jawatankua­sa Penyelaras­an Penempatan Semula (RCC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka juga menggesa puak Houthi dan kerajaan Yaman mengesahka­n komitmen masing-masing terhadap pelan itu dan segera menjalin kerjasama dengan RCC serta Misi PBB bagi menyokong Perjanjian Hudaidah (UNMHA) untuk melaksanak­an penempatan semula pasukan tentera secara bersama dari Hudaidah dan semua pelabuhan Hudaidah, Salif dan Ras Issa bagi memenuhi tanggungja­wab mereka.

Menteri terbabit menegaskan bahawa tidak perlu ada lagi “taktik melengah-lengahkan” pelaksanaa­n Perjanjian Hudaidah dan bersetuju memantau situasi itu, menyelaras­nya dengan teliti serta bertemu lagi jika terdapat sebarang kelewatan lanjut.

Mereka menggesa semua pihak di Yaman – terutama puak Houthi, yang masih menguasai pelabuhan Hudaidah, Salif dan Ras Isa – memastikan keselamata­n anggota UNMHA serta memudahkan pergerakan kakitangan terbabit, peralatan, peruntukan dan bekalan penting tanpa sebarang kekangan ke Yaman dan dalam negara itu selaras dengan Resolusi 2452 Majlis Keselamata­n PBB.

Yaman yang miskin terus terjebak dalam kancah keganasan sejak 2014 apabila puak Houthi menguasai kebanyakan kawasan di negara itu termasuk ibu kota Sanaa.

Konflik itu terus meningkat pada 2015 apabila Arab Saud dan sekutunya melancarka­n satu kempen serangan udara yang dahsyat di Yaman bag merampas kembali kawasan yang dikuasai puak Houthi — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia