Utusan Borneo (Sarawak)

AS lancar serangan udara di Libya, sasar militan Daesh

-

Amerika Syarikat (AS) melancarka­n serangan udara menyasarka­n kumpulan Al-Qaeda di selatan Libya pada malam Rabu.

Serangan di bandar Ubari, kira-kira 900 kilometer selatan ibu negara itu diselarask­an oleh Kerajaan Perjanjian Negera (GNA) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata jurucakap Presiden Fayez al-Sarraj, Mohamad al-Sallak.

Katanya, ia menyasarka­n beberapa anggota militan Al- Qaeda, namun enggan mengulas lanjut.

Libya dibelenggu keganasan susulan pertelingk­ahan antara pihak yang ingin menguasai pentadbira­n semenjak pengguling­an dan pembunuhan diktator, Muammar Gadhafi pada 2011.

GNA dibentuk berikutan perjanjian yang disokong PBB pada Disember 2015, namun ia terpaksa bertungkus lumus untuk menguasai seluruh Libya.

Tahun lepas pada Ogos seorang anggota Daesh yang menurut sumber bekas ketua militan tempatan dipercaya berjaya dihapuskan.

Tentera AS sentiasa melakukan serangan udara di Libya terhadap Al-Qaeda dan kumpulan Negara Islam.

Pada Jun pula AS mendakwa telah membunuh empat pejuang Daesh berhampira­n bandar utara Bani Walid.

Sementara itu, pada Mac lepas Pentagon mengesahka­n seorang pembantu Al-Qaeda dan satu lagi anggota militan terbunuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia