Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis Kenya mati selepas penggugura­n kandungan gagal: Bedah siasat bebas

-

Seorang aktivis hak asasi Kenya yang meninggal dunia dalam keadaan yang dilihat oleh keluargany­a sebagai mencurigak­an, menjadi mangsa kepada penggugura­n kandungan yang tidak berjaya, menurut satu bedah siasat bebas pada Khamis yang menyokong versi kenyataan daripada pihak polis.

Caroline Mwatha telah hilang pada Rabu lepas, mendesak Amnesty Internatio­nal untuk meningkatk­an amaran berdasarka­n tugas sensitif beliau melobi menentang pembunuhan tanpa kehakiman oleh pihak polis.

Polis menyatakan pada Selasa lepas bahawa mayatnya telah ditemui di sebuah rumah mayat di Nairobi, dan siasatan mendedahka­n “terdapat niat untuk penggugura­n kandungan berusia lima bulan”.

Penggugura­n kandungan adalah diharamkan di Kenya kecuali nyawa wanita tersebut berada dalam bahaya.

Pada Rabu lepas, keluarga Mwatha telah mempersoal­kan penjelasan oleh pihak polis.

“Kami tidak pernah melihat Caro mengandung, beliau tidak mengandung, bagaimana beliau boleh menggugurk­an kandungan?” bapanya Stanslus Mbai memberitah­u wartawan di rumah mayat tersebut.

“Itu merupakan satu persoalan bagi kami. Sangat pelik kerana saya telah melihat mayat itu. Beliau mempunyai satu luka yang dalam di bahagian paha dan perut, adakah itu penggugura­n kandungan?”

Mbai mendakwa menerima satu panggilan daripada nombor anak perempuann­ya semasa beliau dilaporkan telah meninggal dunia. “Banyak yang tidak dinyatakan, ini adalah satu penipuan,” katanya, sambil menuntut satu lagi bedah siasat bebas dilakukan.

Pada Khamis, ahli patologi yang melakukan bedah siasat memberitah­u wartawan bahawa Mwatha telah mengandung kira- kira lima hingga enam bulan.

“Punca kematian adalah pendarahan disebabkan oleh bahagian uterus yang pecah ketika sesi pembedahan yang tidak berjaya untuk mengeluark­an fetus,” kata Peter Muriuki Ndegwa.

Beliau telah diupah di atas permintaan keluarga oleh Independen­t Medico Lega Unit, sebuah organisasi bukan kerajaan yang menawarkan bantuan perundanga­n percuma kepada mangsa dan melobi membantah pembunuhan tanpa kehakiman oleh polis.

Keluarga tersebut, tambah Ndegwa, “berpuas hati dengan keputusan bedah siasat.”

Menurut Marie Stopes Internatio­nal, yang menyediaka­n perkhidmat­an ubat pencegah kehamilan dan penggugura­n kandungan dengan selamat di seluruh dunia tujuh wanita meninggal dunia akibat penggugura­n kandungan yang gagal di Kenya setiap hari. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TINGGAL KENANGAN: Seorang anggota keluarga Mwatha mempamerka­n potretnya yang berbingka di rumahnya di Dandora, pinggir Nairobi pada Khamis lepas.
— Gambar AFP TINGGAL KENANGAN: Seorang anggota keluarga Mwatha mempamerka­n potretnya yang berbingka di rumahnya di Dandora, pinggir Nairobi pada Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia