Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Kanada lancar serangan dalam nama Daesh kena penjara tujuh tahun

-

Seorang wanita Kanada didapati bersalah bagi jenayah keganasan kerana cuba untuk menyertai kumpulan Daesh dan dengan namanya telah menyerang kakitangan di sebuah pusat beli-belah, dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun pada Khamis.

Rehab Dughmosh, 34, ditangkap pada Jun 2017 dan kemudian disabitkan kerana meninggalk­an negara dengan niat untuk menyertai sebuah kumpulan pengganas, dan menyerang menggunaka­n sebatang kayu golf dan sebilah pisau pemotong daging, serta membawa busur panah.

Hakim Mahkamah Tinggi Ontario Maureen Forestell ketika menjatuhka­n hukuman berkata penyakit mental Dughmosh, dipercayai sebagai skizofreni­a, kemungkinn membuatkan dia mudah terpengaru­h dengan fahaman ekstremis, namun itu tidak dapat membebaska­n dia daripada jenayahnya.

Dughmosh telah cuba untuk pergi ke Syria pada April 2016 bagi menyertai kumpulan Daesh, dan apabila itu gagal dia pulang ke rumah dan merancang serangan.

Rancangann­ya untuk pergi ke Syria telah dihalang oleh pegawai Turki yang diberi maklumat oleh abangnya.

Pada masa itu, Dughmosh mendakwa bahawa dia hanya mahu melawat keluargany­a, walaupun dia mengaku selepas penahanann­ya bahawa dia berniat untuk pergi menyertai Daesh.

Mahkamah mendengar bahawa Dughmosh mengaku telah menjanjika­n kesetiaann­ya kepada kumpulan Daesh, dan pada hari yang dipersoalk­an telah mengisi beg dengan senjata, termasuk tukul, pencucuk barbeku, penyedut minuman dengan bahagian hujungnya diletakkan skru dan penyodok kanak-kanak yang dijadikan sebagai pencakar.

Dia turut menyembuny­ikan pisau dan busur panah di dalam jubahnya.

Namun ketika perjalanan keluar dari pangsapuri­nya, dia terserempa­k dengan bekas suaminya, yang merampas beg tersebut.

Di kedai Canadian Tire di timur Toronto, Dughmosh telah mengambil sebatang kayu golf dari rak selepas cuba namun gagal untuk mendapatka­n panah di dalam sebuah kabinet pameran berkunci.

Dia kemudian membaluti badannya dengan kain rentang Daesh buatan sendiri, mengikat bandana Daesh di kepalanya serta menyerang kakitangan dengan kayu golf dan pisau pemotong daging, sambil menjerit: “Ini untuk Daesh.”

Pekerja kedai telah menahannya di atas lantai dan tiada sesiapa yang mengalami kecederaan serius.

Polis kemudian menemui timbunan senjata di rumahnya, termasuk sebuah telefon bimbit yang mengandung­i video propaganda Daesh dan sekeping wasiat di mana dia telah meminta untuk kematian syahid. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia