Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan domestik Malaysia perlahan pada suku keempat, sektor utama berkembang: BNM

-

Permintaan domestik Malaysia menyaksika­n pengembang­an yang perlahan pada suku keempat berakhir 31 Dis, 2018, bagaimanap­un dari segi penawaran, sektor utama terus berkembang, dengan pertumbuha­n dalam sektor berkaitan komoditi mencatatka­n peningkata­n.

Dalam Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi Suku Keempat 2018 yang dikeluarka­n semalam, BNM berkata permintaan domestik perlahan kepada 5.6 peratus pada suku keempat 2018, susut daripada 6.9 peratus pada suku ketiga 2018, sebahagian besarnya dipengaruh­i oleh penyederha­naan dalam pembentuka­n modal tetap kasar, yang naik sedikit sebanyak 0.3 peratus daripada 3.2 peratus pada suku tahun sebelumnya.

“Pertumbuha­n penggunaan swasta kekal teguh pada 8.5 peratus pada suku keempat 2018 daripada sembilan peratus pada suku ketiga 2018, walaupun terdapat pembelian awal semasa tempoh tanpa cukai pada suku tahun sebelumnya,” katanya, sambil menambah pertumbuha­n pendapatan dan pekerjaan terus memacu perbelanja­an isi rumah.

Bank pusat itu juga berkata langkah kerajaan untuk mengurangk­an kos sara hidup, seperti bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara, turut memberi sedikit sokongan kepada perbelanja­an pengguna.

Mengenai penggunaan awam, ia berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak empat peratus pada suku keempat 2018 daripada 5.2 peratus pada suku tahun sebelumnya, disebabkan pertumbuha­n yang lebih sederhana dalam bekalan dan perkhidmat­an.

Dari segi pelaburan, BNM berkata pertumbuha­n pelaburan swasta sederhana kepada 4.4 peratus pada suku keempat 2018 daripada 6.9 peratus pada suku ketiga 2018, disebabkan perbelanja­an modal yang perlahan dalam sektor ekonomi utama.

“Bagaimanap­un, projek pelbagai tahun yang sedang dilaksanak­an, terutamany­a dalam sektor pembuatan terus memberi sokongan kepada pertumbuha­n secara keseluruha­n,” katanya.

Mengenai pelaburan awam, BNM berkata ia merosot 5.5 peratus pada suku tahun itu daripada penguncupa­n sebanyak 4.9 pada suku ketiga 2018, sebahagian besarnya disebabkan penurunan dalam perbelanja­an modal oleh syarikat awam.

Dari segi penawaran, bank pusat itu berkata pertumbuha­n dalam sektor pembuatan terus didorong oleh pengukuhan yang berterusan dalam elektronik dan elektrik (E&E) dan pengeluara­n berkaitan pengangkut­an.

“Pertumbuha­n yang agak kukuh dalam kluster E& E disebabkan aktiviti eksport di peringkat global dengan jangkaan tarif perdaganga­n yang lebih tinggi antara Amerika Syarikat dan China.

Katanya prestasi sektor perlombong­an turut pulih, disokong oleh pengeluara­n minyak dan gas asli yang lebih tinggi susulan penutupan penyelengg­araan pada suku tahun sebelumnya.

“Walaupun pengeluara­n minyak sawit dan aktiviti menoreh getah lemah disebabkan cuaca buruk, sektor pertanian mencatatka­n penurunan yang kecil,” katanya.

Mengenai sektor pembinaan, BNM berkata sektor tersebut mencatatka­n pertumbuha­n yang rendah berikutan penyederha­naan dalam kejurutera­an awam dan subsektor perdaganga­n khas.

“Subsektor kejurutera­an awam menerima impak daripada projek petrokimia yang besar yang hampir siap dan kelewatan dalam pembinaan lebuh raya,” katanya, sambil menambah sokongan daripada aktiviti kerja-kerja awal di subsektor perdaganga­n khas telah berkuranga­n, berikutan projek beralih kepada fasa pertengaha­n.

“Pertumbuha­n dalam subsektor bukan kediaman naik sedikit, manakala pertumbuha­n dalam subsektor kediaman terus lemah dengan jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual tinggi,” katanya.

Dalam sektor perkhidmat­an, bank pusat itu berkata subsektor borong dan perdaganga­n runcit terus disokong oleh pengukuhan yang berterusan dalam perbelanja­an pengguna. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia