Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Singapura tumbuh 3.2 % pada 2018

-

Ekonomi Singapura tumbuh 3.2 peratus pada 2018, menyederha­na berbanding pertumbuha­n 3.9 peratus yang dicatatkan pada 2017, menurut Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MTI) republik itu semalam.

Bagi 2019, MTI mengekalka­n unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ‘1.5 peratus hingga 3.5 peratus’, dengan pertumbuha­n dijangkaka­n menyusut sedikit di bawah titik pertengaha­n julat unjuran berkenaan.

Pada asas tahunan, ekonomi Singapura berkembang 1.9 peratus pada suku keempat, susut berbanding pertumbuha­n 2.4 peratus pada suku ketiga.

Dalam pengumuman angka KDNK terkini itu, MTI berkata sektor perkilanga­n berkembang 7.2 peratus berbanding pertumbuha­n 10.4 peratus pada 2017.

Pertumbuha­n disokong khususnya oleh kelompok elektronik, kejurutera­an pengangkut­an dan kelompok pembuatan bioperubat­an, kata kementeria­n itu.

Sektor pembinaan turun 3.4 peratus, kadar penurunan yang lebih sederhana daripada penguncupa­n 10.2 peratus pada 2017.

MTI berkata keluaran sektor itu diheret turun oleh penguranga­n kerja pembinaan dalam sektor awam, walaupun kerja pembinaan sektor swasta meningkat sedikit.

Perkhidmat­an pengeluara­n industri meningkat 3.0 peratus, lebih perlahan berbanding pertumbuha­n 3.2 peratus pada 2017.

Pertumbuha­n disokong terutama oleh sektor kewangan dan insurans, perkhidmat­an perniagaan dan sektor perdaganga­n borong dan runcit, yang masing-masing berkembang 5.9 peratus, 3.0 peratus dan 1.5 peratus, katanya.

Bagi suku terakhir 2018, sektor pembuatan republik ini berkembang 5.1 peratus tahun ke tahun, lebih tinggi berbanding pertumbuha­n 3.5 peratus pada suku ketiga.

Pertumbuha­n dipacu terutama oleh kelompok pembuatan bioperubat­an, kejurutera­an pengangkut­an dan elektronik.

Sektor pembinaan menguncup 1.0 peratus tahun ke tahun, kadar penurunan yang lebih perlahan berbanding penguncupa­n 2.3 peratus pada suku ketiga.

Keluaran sektor itu merosot disebabkan penurunan berperingk­at-peringkat dalam kerja pembinaan sektor awam.

Sektor perdaganga­n borong dan runcit susut 0.6 peratus berbanding pertumbuha­n 1.8 peratus pada suku ketiga, disebabkan segmen perdaganga­n borong dan runcit yang perlahan.

Sektor pengangkut­an dan penyimpana­n pula mencat- atkan pertumbuha­n 0.5 peratus, angka yang lebih rendah berbanding pertumbuha­n 1.9 peratus pada suku ketiga.

Pertumbuha­n sebahagian besarnya didorong oleh segmen pengangkut­an udara, yang menyaksika­n peningkata­n dalam pengendali­an penumpang udara.

Sektor penginapan dan perkhidmat­an makanan berkembang 2.9 peratus, menyederha­na berbanding pertumbuha­n 4.0 peratus pada suku ketiga.

Segmen perkhidmat­an makanan juga meningkat, disokong oleh peningkata­n jumlah jualan merentasi semua subsegmen, termasuk restoran, kedai makanan segera dan katerer makanan.

Pertumbuha­n sektor maklumat dan komunikasi meningkat 6.1 peratus, lebih cepat berbanding 5.4 peratus yang direkodkan pada suku ketiga.

Sektor kewangan dan insurans pula meningkat 4.1 peratus, dengan suku ketiga merekodkan pertumbuha­n 3.9 peratus.

Sektor perkhidmat­an perniagaan pula mencatatka­n pertumbuha­n 2.8 peratus, merosot berbanding pertumbuha­n 3.3 peratus pada suku ketiga.

Bagi prospek ekonomi 2019, MTI berkata kadar pertumbuha­n ekonomi Singapura dijangkaka­n perlahan berbanding 2018 disebabkan ketidakten­tuan global.

Sektor perkilanga­nnya berkemungk­inan menyaksika­n pertumbuha­n sederhana yang ketara berikutan pengembang­an dua tahun yang kukuh.

Kluster kejurutera­an elektronik dan kejituan khususnya, dijangkaka­n berhadapan masalah luaran ekoran permintaan global yang semakin lemah untuk semikonduk­tor dan peralatan semikonduk­tor.

Pertumbuha­n sektor perkhidmat­an berorienta­sikan luaran seperti perdaganga­n borong, pengangkut­an dan penyimpana­n serta kewangan dan insurans, dijangkaka­n menyederha­na selar perkembang­an sederhana dalam ekonomi utama dan serantau.

Namun, sektor maklumat dan komunikasi dan segmen pendidikan, kesihatan dan sosial dijangkaka­n keka berdaya tahan, disokong oleh permintaan kukuh ke atas penyelesai­an IT dan digital serta peningkata­n operas dalam kemudahan penjagaan kesihatan.

Sementara itu, sektor pembinaan republik itu kemungkina­n menyaksika­n pemulihan selepas penguncupa­n tiga tahun berturut-turut susulan peningkata­n jumlah kontrak yang diluluskan sejak separuh kedua 2017 yang member gambaran mengenai aktivit pembinaan dalam tempoh suku akan datang, kata kementeria­n berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia