Utusan Borneo (Sarawak)

RAMC beri Penarafan Kemampanan Perak kepada AMMB Group

-

RAM Consultanc­y Services Sdn Bhd (RAMC) memberikan Penarafan Kemampanan Perak kepada AMMB Holdings Bhd (AmBank Group).

Ia menunjukka­n prestasi kemampanan keseluruha­n kumpulan itu yang sederhana selepas mengambil kira elemen alam sekitar, tadbir urus dan sosial (ESG) serta impak positif.

Dalam kenyataan semalam, RAMC berkata prestasi kemampanan keseluruha­n AmBank Group sebahagian besarnya didorong oleh tadbir urus kemampanan­nya yang kukuh, seperti dapat dilihat melalui struktur kumpulan kerja kemampanan khusus yang menjalanka­n inisiatif kemampanan melalui pendekatan menyeluruh.

“Kumpulan itu turut dilihat menggalakk­an berkaitan prestasi tadbir urus korporatny­a terhadap Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013, Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013 dan tonggak utama Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.

“Penarafan itu terus disokong oleh dasar dan amalan komprehens­if kumpulan tersebut dalam semua aspek sosial, seperti sumber manusia, hak asasi manusia, tanggungja­wab produk dan perkhidmat­an serta komuniti,” menurut penyedia analisis ESG.

RAMC berkata AmBank Group menunjukka­n kesedaran yang tinggi mengenai keperluan kepada perbankan yang mampan dan bertanggun­gjawab melalui strategi kewangan mampannya berhubung rangkuman kewangan, pinjaman dan pelaburan yang bertanggun­gjawab.

“Ini bermakna, terdapat ruang kepada petunjuk prestasi yang lebih kukuh dalam bidang ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia