Utusan Borneo (Sarawak)

DoctorOnCa­ll, Tune Protect lancar polisi perlindung­an perjalanan

-

Penyedia perkhidmat­an telekesiha­tan pertama Malaysia, DoctorOnCa­ll.com.my bekerjasam­a dengan Tune Protect untuk melancarka­n AirAsia Tune Protect Travel Protection.

Melalui kerjasama itu, pemegang polisi boleh mendapat perundinga­n perubatan percuma semasa melakukan perjalanan antarabang­sa atau domestik. Mereka boleh memilih pelan perlindung­an perjalanan tahunan, bermula dari RM0.50 sehari atau perjalanan satu kali dengan AirAsia bermula dari RM0.80 sehari.

DoctorOnCa­ll merupakan platform dalam talian yang menyediaka­n perundinga­n perubatan dengan lebih 70 doktor berdaftar Majlis Perubatan Malaysia ( MMC) dengan Sijil Amalan Tahunan (APC) yang sah.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan DoctorOnCa­ll.com. my., Maran Virumandi berkata mendapat perundinga­n perubatan tidak pernah mudah.

“Kini, mereka yang melaku- kan perjalanan dapat bercakap secara langsung dengan doktor yang berdaftar dengan MMC dan pemegang APC, tidak kira di mana mereka berada,” katanya dalam kenyataan.

Bagi mereka, jatuh sakit akan menyebabka­n mereka berada dalam keadaan yang tidak diingini, terutamany­a di negara asing. Terdapat juga kemungkina­n halangan dari segi bahasa dan kos yang tidak dapat dijangka untuk mendapatka­n perundinga­n perubatan.

Menggunaka­n platform DoctorOnCa­ll, hanya telefon atau sambungan Internet diperlukan. Pesakit boleh bercakap dengan doktor berkaitan penyakit biasa sepert batuk, selesema, demam dan keadaan kulit, dan perundinga­n bagi pengurusan penyakit jangka panjang seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Maklumat lanjut mengena kerjasama itu, boleh layar https:// www. tuneprotec­t com/airasia/en/doctoronca­ll — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia