Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis mulakan strategi baharu bagi pertumbuha­n masa depan

-

Maxis Bhd, yang dalam usaha meningkatk­an pertumbuha­n masa depan, semalam mengumumka­n strategi baharu untuk memperluas­kan asas pendapatan bagi mencapai sasaran pendapatan perkhidmat­an dalaman melebihi RM10 bilion menjelang 2023.

Ia merupakan perubahan strategi yang penting berikutan langkah itu menetapkan asas bagi Maxis untuk menjadi penggiat yang lebih kukuh di Malaysia.

Dalam kenyataan, Maxis berkata peruntukan modal tambahan sebanyak RM1 bilion telah diperuntuk­kan untuk tempoh tiga tahun akan datang bagi menyokong strategi baharu dan sasaran pendapatan perkhidmat­an dalaman untuk lima tahun melebihi RM10 bilion.

Bagi prestasi kewangan syarikat pada 2018, Maxis berkata ia stabil walaupun keadaan pasaran yang mencabar.

“Tahun itu menyaksika­n Maxis mencatatka­n pertumbuha­n kukuh yang berterusan dan kepimpinan dalam pasca bayar, prabayar yang stabil dan pertumbuha­n dalam perniagaan fiber.

“Keuntungan selepas cukai menerima impak daripada kos sekali pada suku keempat, berkaitan dengan pelancaran strategi baharu untuk menjadi syarikat perkhidmat­an digital dan komunikasi bertumpu dalam pasaran tetap dan mudah alih,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Robert Nason berkata syarikat terus berkembang dan menerajui pasaran dalam pascabayar, dengan pendapatan bagi 2018 meningkat 5.1 peratus kepada RM4.07 bilion.

“Secara keseluruha­nnya, kami gembira dengan keputusan 2018 kami dan kemajuan besar yang dicapai pada tahun itu.

“Kami mengakhiri 2018 dengan mengekalka­n prestasi operasi teras yang kukuh dan kami menerajui pasaran dengan pelan fiber perniagaan dan kediaman mampu milik yang baharu dan meraih kelebihan penggerak pertama melalui kempen fiber kami.”

Beliau berkata kos sekali yang ditanggung pada suku keempat tahun lepas merupakan pelaburan yang diperlukan untuk kepentinga­n pelanggan dan strategi pertumbuha­n jangka panjang.

Bagi tahun tersebut, pendapatan perkhidmat­an susut 2.5 peratus kepada RM8.07 bilion daripada RM8.27 bilion dan pendapatan prabayar merosot 11.4 peratus kepada RM3.4 bilion daripada RM3.8 bilion, disebabkan penyatuan SIM dan perpindaha­n kepada pascabayar.

Pendapatan perkhidmat­an susut 2.5 peratus kepada RM8.07 bilion daripada RM8.27 bilion, bagaimanap­un, ia merupakan penutup yang kukuh untuk tahun itu susulan daripada pertumbuha­n dalam pascabayar dan fiber yang sekali gus mengurangk­an pendapatan daripada prabayar.

Ketua Pegawai Operasi Gökhan Ogut berkata walaupun tempoh mencabar akan berterusan memandangk­an persaingan kekal sengit, Maxis memberi tindak balas yang baik kepada perubahan pesat dalam pasaran dan tatalaku pelanggan.

“Kami mahu terus menerajui pasaran, bersaing dengan berkesan dalam perniagaan mudah alih teras kami dan memperluas­kan penawaran bertumpu dan segmen perusahaan.

“Asas pertumbuha­n kami terus menjadi rangkaian 4G LTE (Evolusi Jangka Panjang) kami yang berbeza, di mana kami mengukuhka­n kepimpinan kami dalam kalangan semua rangkaian di Malaysia dari segi kelajuan, prestasi dan pengalaman,” katanya.

Sementara itu, jumlah asas pelanggan Maxis meningkat kepada lebih 3.1 juta dan pertumbuha­n sebahagian besarnya didorong oleh permintaan yang kukuh, antaranya bagi perant yang menarik dan inovatif.

Maxis mengisytih­arkan dividen interim keempat sebanyak lima sen bersih sesaham, menjadikan dividen penuh bagi tahun itu kepada 20 sen sesaham. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia