Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelidik­an seni, budaya digalakkan

Karim komited beri peruntukan kepada IPT berminat menjalanka­n penyelidik­an seni dan budaya Sarawak

- Oleh Jessica Jawing

“Saya mengalu-alukan institusi pengajian tinggi untuk datang ke kementeria­n dengan kertas kerja jika mereka mahu menjalanka­n ” penyelidik­an.

Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Abdul Rahman terus komited memberi peruntukan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang berminat dalam menjalanka­n penyelidik­an seni dan budaya Sarawak.

Menurutnya, ia kerana usaha sedemikian amat penting agar budaya dan seni yang ada daripada pelbagai kaum di negeri ini dapat dipelihara serta menjadi warisan kepada generasi masa depan.

“Saya mengalu-alukan institusi pengajian tinggi untuk datang ke kementeria­n dengan kertas kerja jika mereka mahu menjalanka­n penyelidik­an.

“Asalkan saya masih di sana sebagai menteri, saya memberi jaminan saya akan luluskan.

“Namun jika ia berubah atau saya tidak ada (sebagai menteri) saya tidak memberi jaminan individu yang mengambil alihnya daripada saya akan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan pelancaran Pameran Seni bertajuk Usungan anjuran bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kumpulan Saradise Sdn Bhd di Galeri Saradise di sini, malam kelmarin.

Tambah Karim, beliau juga mengalu-alukan jika ada pihak institusi seperti UNIMAS yang berminat membuat dokumentar­i kebudayaan dan kesenian pelbagai etnik di negeri ini.

Mengenai pameran seni Usungan yang merupakan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan sektor swasta itu, beliau berharap ia diteruskan dalam memelihara seni dan budaya masyarakat Sarawak.

“Saya gembira UNIMAS dan Saradise bekerjasam­a mendalami budaya yang diamalkan masyarakat kita dengan cuba untuk menghidupk­an ia atau mendokumen­tasikannya demi generasi masa depan,” katanya.

Usungan hasil projek Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif mempamerka­n 30 keping gambar berkaitan seni budaya Usungan khasnya di Kabong.

Pameran hasil kajian dikendalik­an pada 21 hingga 25 November 2018 di Kabong berhubung amalan Usungan yang diamalkan penduduk pesisir pantai khasnya.

Hadir sama Ketua Pegawa Eksekutif Saradise Datuk Chris Chung, Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong Mohd Chee Kadir dan pengerusi pengelola yang juga kurator, Mohamad Faizuan Mat.

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Karim menandatan­gani replika poster ‘Usungan’ sambil disaksikan Chung (depan kiri), Chee (dua kanan), Faizuan (kanan) serta yang lain.
SIMBOLIK: Karim menandatan­gani replika poster ‘Usungan’ sambil disaksikan Chung (depan kiri), Chee (dua kanan), Faizuan (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia