Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sekawan pecah masuk bilik hotel diberkas

-

LIMBANG: Tindakan tiga sekawan termasuk dua beradik memecah masuk bilik hotel dan melarikan wang tunai serta beberapa barangan milik penghuni di sebuah hotel di sini terbongkar apabila mereka diberkas polis Jumaat malam.

Suspek lelaki, adik-beradik berusia 21 tahun dan 27 tahun dari Lawas itu ditahan bersama rakannya, 33, dari Kampung Seberang Kedai di beberapa lokasi berasingan sekitar jam 7.40 dan 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata turut ditahan seorang pengawal keselamata­n hotel, 41, disyaki terlibat membenarka­n ketiga-tiga suspek memasuki hotel terbabit.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati ketigatiga suspek mengaku naik ke tingkat tiga hotel itu dan memecah masuk pejabat tukang bersih hotel serta mengambil kad pendua untuk masuk ke bilik-bilik hotel.

“Ketiga-tiga suspek berjaya membuka sebuah bilik penghuni hotel dengan menggunaka­n kad pendua dan mengambil barangan berupa wang, telefon bimbit dan jam tangan.

“Wang yang dicuri itu dibahagika­n bersama rakan sepenjenay­ah dan usaha mengesan barang kes masih diteruskan,” katanya di sin semalam.

Jelasnya, hasil risikan dan maklumat diperoleh pihaknya berjaya memberkas ketiga-tiga suspek pada malam kelmarin.

“Manakala seorang suspek yang juga pengawa keselamata­n ditahan jam 12.01 tengah malam Jumaat lalu. Suspek keempat tidak mengaku terlibat dalam kes disiasat,” ujarnya.

Bagaimanap­un, pendedahan daripada ketigatiga suspek mendedahka­n bahawa suspek (pengawa keselamata­n) memberi kebenaran masuk dan mendapat habuan sekali gus disyaki bersubahat membenarka­n mereka memasuk hotel itu.

Ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam) manakala seorang suspek (pengawa keselamata­n) direman dua hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi).

 ??  ?? REMAN: Semua suspek dibawa ke balai polis selepas mendapatka­n permohonan reman semalam.
REMAN: Semua suspek dibawa ke balai polis selepas mendapatka­n permohonan reman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia