Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan jumpa peniaga Jalan TAR minggu hadapan: Datuk Bandar

-

Satu perjumpaan dengan peniaga sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) akan diadakan minggu hadapan susulan pengumuman kerajaan menutup jalan itu kepada kenderaan persendiri­an bermula 15 Mac hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad akan turut sama dalam perjumpaan itu, bagi mendapatka­n maklumat balas mereka.

“Kita mengambil kira (pendapat) semua. Apa-apa pun (keputusan akhir) kita tunggu perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid dan YB (ahli parlimen) terlibat,” katanya ketika mengulas mengenai peniaga yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Beliau ditemui selepas pelancaran rasmi laluan penghubung di antara Jalan Kelang Lama dan Lebuhraya Pantai Baru melalui jambatan menyeberan­gi Sungai Kelang (OKR-NPE Link Bridge).

Menurut Nor Hisham pihaknya semalam ada menerima memorandum daripada peniaga, yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat.

Bagaimanap­un, katanya selain peniaga, kerajaan turut mengambil kira pendapat orang ramai melalui kaji selidik dalam talian, yang diadakan sejak 11 Feb dalam membuat keputusan itu yang mana mendapati 65 peratus daripada hampir 4,000 orang merangkumi peniaga dan orang awam bersetuju dengan keputusan itu.

Beliau turut menjelaska­n satu perjumpaan dengan peniaga juga ada dilakukan sebelum keputusan itu dibuat tetapi ianya tidak disertai semua pihak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia