Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuangan wanita dalam politik Malaysia Baharu

-

Semangat juang golongan wanita dalam politik tanah air semakin menonjol dengan bilangan mereka dalam Kabinet, Dewan Rakyat dan Dewan Negara kian meningkat dengan impak yang dibawa mereka akan dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga tahun lagi, kata dua ahli politik wanita tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang, Nicole Tan berkata walaupun belum nampak hasil ketara lagi kerana Malaysia baharu sahaja bertukar kerajaan selama sembilan bulan, namun pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah satu penghormat­an besar kepada wanita.

“Selain itu, dalam kabinet Malaysia sendiri terdapat sembilan orang wanita, iaitu lima menteri dan empat timbalan menteri. Kita perlu memberikan sedikit masa lagi untuk melihat keadaan ini benar-benar berlaku iaitu lebih kurang dua hingga tiga tahun,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (Astro 502) malam kelmarin.

Seorang lagi ahli panel yang membincang­kan topik ‘Perjuangan Wanita Dalam Politik Malaysia Baharu’, Senator Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi pula berkata jika dilihat dari segi statistik pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan 14, dalam Kabinet Malaysia perwakilan wanita kurang 10 peratus tetapi sekarang menteri dan timbalan menteri keseluruha­nnya adalah 19.23 peratus.

Keduanya, dari sudut keanggotaa­n wanita dalam Dewan Rakyat dahulunya lapan peratus dan sekarang 14.4 peratus yang menunjukka­n adanya peningkata­n, manakala di dalam Dewan Negara pula ialah 19.23 peratus sekarang berbanding dahulu 17 peratus.

Ketika ditanya adakah beliau secara peribadi berpuas hati dengan jumlah wanita dalam Kabinet sekarang, Tan yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan Wanita DAP berkata, beliau berpuas hati kerana mereka dipilih atas merit.

Misalnya, Yeo Bee Yin yang juga Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mempunyai kelulusan Sarjana (Master) daripada Oxford University dalam bidang tenaga, manakala Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh pula seorang peguam yang sememangny­a mahir dalam soal wanita dan hak asasi wanita.

Menurut Senator Raj Munni, usaha perlu dilakukan untuk membangunk­an wanita dan anak perempuan supaya mereka lebih terbela selain pandangan-pandangan mereka diambil kira.

“Sasaran 30 peratus kerus untuk wanita itu hanyalah sasaran minimum. Sekarang baru mencapai 19.23 peeratus Masih jauh lagi untuk mencapai 30 peratus.

Setakat sembilan bulan enam hari, masih belum lihat kerangka yang dilaksanak­an oleh kerajaan baharu untuk mencapai 30 peratus,” tambah beliau.

Usaha memperkasa golongan wanita tidak hanya terletak di bahu kerajaan tetap juga parti-parti politik, sambi memberi contoh tujuh daripada 10 negara yang mempunya perwakilan wanita terama kebanyakan­nya menggunaka­n inisiatif parti- parti politik untuk menarik lebih rama perwakilan wanita, dan bukannya menggunaka­n sistem kuota atau seumpamany­a — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia