Utusan Borneo (Sarawak)

TARIAN SINGA DAN NAGA CERIAKAN SAMBUTAN TBC SKJB

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

jelas terpancar pada wajah 1,060 murid Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang (SKJB) apabila menerima kedatangan sekumpulan penari tarian singa dan naga semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sekolah tersebut di Miri, baru-baru ini.

Program yang merupakan sebahagian Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) itu diadakan untuk membawa muridmurid sekolah tersebut bersama meraikan TBC.

Guru Besar Ahmad Othman berkata, TBC merupakan sambutan perayaan siri pertama untuk sekolah tersebut bagi tahun ini.

“Sekolah kami beriltizam untuk bersama merayakan setiap perayaan utama dan akan dibuat setiap tahun.

“Untuk program sambutan TBC ini ianya dikelolaka­n oleh Kelab Bahasa Cina SKJB,” katanya ketika ditemu bual pemberita di sekolah tersebut baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad mengucapka­n terima kasih kepada pihak- pihak berkenaan yang bekerjasam­a dalam menjayakan program tersebut.

“Kami berterima kasih kepada individu yang menyalurka­n sumbangan untuk menghadirk­an kumpulan tarian singa dan naga untuk dipertonto­nkan kepada anak-anak murid.

“Tidak lupa juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Kelab Sokongan Ibu Bapa yang sentiasa menyokong aktiviti SKJB selama ini,” katanya menambah seramai 92 orang guru dan kakitangan sokongan turut serta dalam sambutan kali ini.

 ??  ??
 ??  ?? MERAIKAN: Ahmad (tengah) diapit guru-guru wanita yang memakai pakaian berwarna merah sempena sambutan TBC. SAMBUTAN: Ahmad (empat kiri) menerima ucapan TBC dari kumpulan tarian singa. COMEL: Dua murid lelaki dan dua murid perempuan nampak comel menggayaka­n pakaian tradisiona­l Cina. UNTUK ALBUM: Guru-guru SKJB dan murid-murid merakam gambar kenangan bersama kumpulan tarian singa dan naga. (Gambar kanan) SIMBOLIK: Ahmad (dua kanan) memecahkan belon sebagai simbolik perasmian sambutan TBC SKJB. SEDONDON: Antara guru yang memakai pakaian berwarna merah sempena sambutan TBC. SERBU: Murid-murid teruja dan menyerbu ‘God of Prosperity’ dan mengambil gula-gula. CERIA: Keceriaan jelas terpancar pada wajah murid-murid SKJB dalam menyambut TBC di sekolah tersebut.
MERAIKAN: Ahmad (tengah) diapit guru-guru wanita yang memakai pakaian berwarna merah sempena sambutan TBC. SAMBUTAN: Ahmad (empat kiri) menerima ucapan TBC dari kumpulan tarian singa. COMEL: Dua murid lelaki dan dua murid perempuan nampak comel menggayaka­n pakaian tradisiona­l Cina. UNTUK ALBUM: Guru-guru SKJB dan murid-murid merakam gambar kenangan bersama kumpulan tarian singa dan naga. (Gambar kanan) SIMBOLIK: Ahmad (dua kanan) memecahkan belon sebagai simbolik perasmian sambutan TBC SKJB. SEDONDON: Antara guru yang memakai pakaian berwarna merah sempena sambutan TBC. SERBU: Murid-murid teruja dan menyerbu ‘God of Prosperity’ dan mengambil gula-gula. CERIA: Keceriaan jelas terpancar pada wajah murid-murid SKJB dalam menyambut TBC di sekolah tersebut.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Kumpulan tarian naga mempertont­onkan persembaha­n yang begitu memukau. TERUJA: Murid-murid teruja melihat tarian singa.
PERSEMBAHA­N: Kumpulan tarian naga mempertont­onkan persembaha­n yang begitu memukau. TERUJA: Murid-murid teruja melihat tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia