Utusan Borneo (Sarawak)

Libya memperinga­ti pengguling­an Ghaddafi

Ribuan rakyatnya berhimpun untuk menandakan 8 tahun sejak pemberonta­kan bersejarah itu

-

TRIPOLI: Ribuan rakyat Libya berkumpul di jalan raya pada Ahad untuk menandakan lapan tahun sejak pemberonta­kan yang mengguling­kan pemimpin diktator Muammar Ghaddafi, di sebalik krisis politik dan keselamata­n yang kronik.

Sambil melambaika­n bendera dan memakai warna kebangsaan negara iaitu merah, hitam dan hijau, peserta perarakan membanjiri Martyrs Square di Tripoli, di mana mendiang autokrat itu pernah memberikan ucapan, untuk meneruskan sambutan yang dimulakan sehari sebelumnya.

Sambutan pada hari tersebut telah dipenuhi dengan letupan bunga api, konsert dan persembaha­n muzik yang bising daripada alat pembesar suara.

Di Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya dan “kawasan utama bagi revolusi”, sambutan adalah lebih malap.

Hanya beberapa orang yang berkumpul di dataran mahkamah Benghazi di mana tunjuk perasaan anti-Ghaddafi yang pertama dimulakan.

Pernah menjadi satu simbol bagi pemberonta­kan, ia sekarang berada dalam runtuhan, kesan daripada peperangan terhadap pejuang jihad dilancarka­n pada 2014.

“Revolusi ini telah dilahirkan di jalanan dan dataran, dilaksanak­an oleh golongan belia… namun sebahagian sedang cuba untuk merampas impian dan keinginan rakyat kami untuk kehidupan yang lebih bermaruah,” kata pen- duduk Benghazi berusia 32 tahun, Mohamad al-Agouri.

Libya telah dibayangi perebutan kuasa sejak pemberonta­kan yang disokong oleh NATO pada 2011, dengan kumpulan militia dan puak bersaing untuk mengawal sumber di negara itu.

Negara yang kaya dengan minyak itu terbahagi antara beberapa pentadbira­n bersaingan, dengan Kerajaan Perjanjian Kebangsaan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berpusat di Tripoli dan sebuah badan sejajar di timur yang disokong oleh pemimpin Khalifa Haftar dan pasukan tenteranya, Tentera Kebangsaan Libyan.

Perkhidmat­an awam yang asas adalah dikehendak­i dan keganasan yang berterusan serta perpecahan telah mencetuska­n ketidakten­tuan dan keadaan terdesak, terutama di kalangan belia di negara itu.

“Saya tidak sabar menunggu untuk melihat Libya kembal stabil dan mampu hidup dalam keadaan aman,” ahli farmas Abdelhamid al- Maghrab memberitah­u AFP.

“Kami telah puas berperang, pembunuhan beramai- ramai dan kemunsnaha­n,” kata bapa kepada empa anak itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MERIAH: Rakyat Libya melambaika­n bendera kebangsaan ketika menyertai perhimpuna­n untuk menandakan ulang tahun ke-8 pemberonta­kan di Martyrs Square di Tripoli pada Ahad.
— Gambar AFP MERIAH: Rakyat Libya melambaika­n bendera kebangsaan ketika menyertai perhimpuna­n untuk menandakan ulang tahun ke-8 pemberonta­kan di Martyrs Square di Tripoli pada Ahad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia