Utusan Borneo (Sarawak)

LORI TERBALIK SELEPAS JAMBATAN RUNTUH

-

KUCHING: Sebuah lori terbalik selepas jambatan di Kampung Segar, Simunjan runtuh akibat tanah runtuh tengah hari semalam.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jambatan itu runtuh akibat tidak dapat menampung bebanan sebuah lori melalui jambatan tersebut.

“Pejabat Daerah Simunjan menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumka­n bahawa kes tanah runtuh tersebut telah mengakibat­kan sebuah jambatan runtuh di Kampung Segar, Simunjan pada tengah hari tadi(semalam).

“Jambatan tersebut runtuh akibat tidak dapat menampung bebanan sebuah lori yang lalu di atasnya,” kata jurucakap Sekretaria­t JPBN Sarawak.

Tambahnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Asajaya memaklumka­n pihak Pejabat Daerah Simunjan untuk melaporkan kes tanah runtuh tersebut kepada pihak polis bagi pemantauan keselamata­n pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Malah, Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dimaklumka­n tentang kejadian di lokasi tersebut untuk tindakan lanjut.

“Pemantauan susulan akan dilakukan untuk menjamin keselamata­n pengguna jalan raya dan penduduk kampung di sekitar kawasan kejadian,” jelasnya.

Menurutnya lagi, JKR Sarawak telah menghantar kontraktor ke lokasi untuk membuat lencongan laluan sementara.

“Kita juga mengarahka­n CMS Roads Sdn Bhd segera membina lencongan laluan sementara,” ujarnya.

 ??  ?? TERBALIK: Keadaan lori yang terbalik selepas jambatan di Kampung Segar, Simunjan runtuh semalam.
TERBALIK: Keadaan lori yang terbalik selepas jambatan di Kampung Segar, Simunjan runtuh semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia