Utusan Borneo (Sarawak)

Ikuti latihan kemahiran

-

Bekas tahanan Sarawak dari Penjara Provinsi Banteay MeanChey, Poipet di barat Kemboja terutama yang masih muda disaran mengikuti latihan kemahiran di pusatpusat kemahiran yang terdapat di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata antara pusat latihan yang disarankan kepada mereka ialah Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

CENTEXSkat­anya,menyediaka­n pelbagai kursus latihan kemahiran secara percuma kepada rakyat negeri ini khasnya golongan belia tanpa mengira tahap kelayakan akademik asalkan tahu membaca dan menulis.

“CENTEXS mempunyai rekod yang baik di mana 90 peratus daripada pelatihnya berjaya memperoleh­i pekerjaan dalam bidang masingmasi­ng.

“Ada banyak kursus yang ditawarkan yang menepati permintaan pekerjaan seperti kursus memasak dan banyak lagi.

“Kursus-kursus ini bukan sahaja ditawarkan di CENTEXS tetapi juga di banyak lagi pusat-pusat latihan lain,” katanya ketika ditemui di Muzium Ranee di Bangunan Mahkamah Lama di sini semalam.

Bagi mereka yang memilih untuk bekerja, Fatimah nasihatkan bekas-bekas tahanan ini termasuk masyarakat di luar sana supaya mencari pekerjaan yang halal dan berhati-hati dalam memilih pekerjaan.

Ditanya mengenai tindakan selanjutny­a berhubung kes itu, Fatimah berkata misi mereka (Kerajaan Sarawak) adalah untuk membawa balik semua tahanan termasuk dari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah.

Untuk tindakan selanjutny­a, pihaknya menyerahka­n kepada pihak berkuasa dan profesiona­l dalam bidang berkenaan untuk siasatan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggun­gjawab dalam perkara itu.

“Ini adalah satu pengajaran kepada semua bekas tahanan dan penting untuk anda sebagai anak-anak memaklumka­n kepada ibu bapa masingmasi­ng apa dan ke mana anda pergi kerana apabila susah yang berdiri di belakang anda adalah ibu bapa juga.

“Apa sebab mereka tidak maklumkan kepergian mereka ke Kemboja kepada ibu bapa masing-masing itu kena tanya bekas tahanan sendiri. Tetapi saya percaya 47 bekas tahanan masing-masing ada sebab sendiri,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MENARIK: Fatimah (kanan) mendengar penerangan mengenai koleksi yang terdapat dalam Muzium Ranee oleh Pengarah Brooke Trust Jason Brooke.
— Gambar Chimon Upon MENARIK: Fatimah (kanan) mendengar penerangan mengenai koleksi yang terdapat dalam Muzium Ranee oleh Pengarah Brooke Trust Jason Brooke.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia