Utusan Borneo (Sarawak)

BOT NELAYAN TIDAK PATUH SYARAT LESEN DITAHAN

-

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini, berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menjalanka­n aktiviti nelayan dengan tidak mematuhi syarat lesen, di perairan Bakam dekat sini, pagi kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Md Fauzi Othman berkata, bot itu dikesan menjalanka­n aktiviti menangkap ikan pada jarak lebih kurang 11 batu nautika dari Pantai Bakam oleh bot ronda Maritim Malaysia Zon Miri pada 17 Februari, sekitar jam 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot nelayan tersebut melakukan aktiviti penangkapa­n ikan kurang daripada 12 batu nautika yang menyalahi syarat yang tertera dalam lesen yang dimiliki.

“Seramai lima kru termasuk tekong yang kesemuanya adalah warga Indonesia turut ditahan.

“Siasatan lanjut mendapati tekong tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan mengaku menjadi tekong ganti bot tersebut,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Manakala kru yang lain mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

“Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 35 hingga 39 tahun dan kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959,” tambahnya.

Hasil tangkapan sebanyak 20 kilogram dengan nilai sekitar RM30 turut dirampas.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatk­an penguatkua­saan undangunda­ng maritim di perairan negara agar semua aktiviti penangkapa­n ikan dapat mematuhi undang-undang Malaysia.

“Kerjasama daripada masyarakat terutama komuniti nelayan dalam memberi maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim Malaysia membantera­s jenayah di laut,” jelas Fauzi.

Katanya, untuk sebarang aduan dan maklum balas, orang awam boleh menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204.

 ??  ?? DITAHAN: Bot nelayan tempatan dengan kru warga asing ditahan kerana melanggar syarat lesen.
DITAHAN: Bot nelayan tempatan dengan kru warga asing ditahan kerana melanggar syarat lesen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia