Utusan Borneo (Sarawak)

Kes penipuan 40 rakyat Sarawak di Kemboja kini disiasat: Mustafa

Polis terima empat laporan berhubung penipuan melibatkan 40 mangsa tahanan di Kemboja

-

KUCHING: Polis Sarawak menerima empat laporan berhubung kes penipuan melibatkan 40 anak Sarawak yang menjadi mangsa tahanan di Kemboja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, laporan pertama dibuat salah seorang mangsa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar jam 12.43 tengah hari semalam.

“Berhubung isu rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Kemboja, kes ini kini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, IPK Sarawak.

“Dan setakat ini, kita telah menerima empat laporan polis yang dibuat oleh mangsa yang ditipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah Mustafa, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan petang Jumaat lalu selepas beberapa

“Berhubung isu rakyat Malaysia yang menjadi tahanan di Kemboja, kes ini kini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan ” Jenayah Komersil, IPK Sarawak. Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak

perundinga­n dibuat dengan pihak Kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Mereka yang ditahan berusia antara 19 dan 44 tahun dipercayai diperdaya taktik licik sindiket yang menjadikan keluarga miskin luar bandar sebagai sasaran utama.

Keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu ditipu sindiket ejen pekerjaan.

Manakala, 40 anak Sarawak selamat tiba di Terminal VIP Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 2.20 petang Ahad lalu, bersama tiga lagi bekas tahanan dari Sabah.

Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Siem Reap, Kemboja pada jam 10.35 pagi menaiki penerbanga­n khas bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah serta ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan antarabang­sa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan turut menghantar mereka di Lapangan Terbang Antarabang­sa Siem Reap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia