Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kubur dirosakkan lelaki kurang siuman di Bintulu

-

Sekurangku­rangnya tiga kubur di Tanah Perkuburan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Batu Dua, Jalan Bintulu-Miri dirosakkan seorang lelaki kurang siuman semalam.

Difahamkan kerosakan yang berlaku disedari sebuah keluarga yang ingin menziarahi kubur saudara mereka di sana pada sebelah paginya.

Menurut sumber, lelaki kurang siuman itu bertindak agresif dengan mengejar dan mahu memukul keluarga berkenaan dengan tukul apabila mereka menegur perbuatan tidak bertanggun­gjawabnya itu.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, keluarga terbabit beredar dari kawasan perkuburan berkenaan.

Antara yang dirosakkan lelaki kurang siuman itu ialah gambar, monumen serta atap lot kubur, justeru dikhuatiri lebih banyak lagi kubur akan dirosakkan.

Tidak dapat dipastikan punca lelaki terbabit bertindak demikian dan setakat ini belum ada laporan polis dibuat waris berhubung insiden berkenaan.

Justeru mana-mana waris atau ahli keluarga yang mempunyai saudara yang dikuburkan di tanah perkuburan berkenaan diminta tampil melakukan pemeriksaa­n.

 ??  ?? ROSAK: Salah satu kubur di Tanah Perkuburan BDA yang dirosakkan seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman, semalam.
ROSAK: Salah satu kubur di Tanah Perkuburan BDA yang dirosakkan seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia