Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan bantu siasatan kes dadah

-

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata suspek berusia 35 tahun itu berdiri berhampira­n sebuah kereta pacuan empat roda semasa ditahan di hadapan sebuah rumah, Jalan Hua Kiew di sini jam 5.10 petang kelmarin.

Katanya, hasil pemeriksaa­n dalam kenderaan terbabit polis menjumpai empat paket plastik lutsinar berisi hablur disyaki dadah jenis metahmphet­amine.

“Salah satu paket plastik lutsinar mengandung­i tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz masing-masing berisi hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Stanley berkata, semua barangan dirampas termasuk suspek kemudian dibawa ke balai bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau selain ujian saringan awal menunjukka­n suspek positif dadah.

 ??  ?? RAMPAS: Peket lutsinar dipercayai mengandung­i dadah dijumpai dalam kenderaan.
RAMPAS: Peket lutsinar dipercayai mengandung­i dadah dijumpai dalam kenderaan.
 ??  ?? DICEKUP: Suspek direman bagi bantu siasatan lanjut.
DICEKUP: Suspek direman bagi bantu siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia