Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki direman empat hari bantu siasatan kes rompakan

-

Dua lelaki yang ditangkap kerana disyaki melakukan rompakan bersenjata ke atas seorang nenek dan cucunya diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Nashriq Noring dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Nashriq berkata bertindak atas maklumat sekitar jam 11.30 pagi, pada 15 Februari lalu di pekarangan Balai Polis Pusat, Jalan Pisang Keling, Bintulu polis me- nangkap dua lelaki.

Tangkapan ke atas kedua-dua suspek dilakukan berikutan satu laporan polis dibuat seorang nenek pada 21 Disember 2018 di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, mangsa, 65, mendakwa sekitar jam 4.30 petang, pada 21 Disember 2018 ketika dia dan seorang cucu berada di rumah mereka didatangi tiga lelaki tidak dikenali dan bertopeng.

Perompak terbabit mengacukan objek tajam yang panjang ke leher mangsa dan cucunya.

Tiga lelaki terbabit kemudian menggeleda­h rumah mangsa sebelum melarikan kunci kereta, wang, bateri kereta dan kasut.

Dalam permohonan lanjutnya, Nashriq memberitah­u bahawa reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek berusia 21 dan 20 tahun masing-masing dari RPR Kidurong, Bintulu dan Kampung Usahajaya Baru, Jalan Sentosa, Sibu amat diperlukan bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci.

Selain itu, polis masih memerlukan masa mengesan rakan suspek yang masih bebas, justeru membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman empat hari sehingga 20 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia