Utusan Borneo (Sarawak)

HUS cari ahli keluarga pesakit bernama Florence Ana Wat

-

Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching sedang mengesan ahli keluarga pesakit bernama Florence Ana Wat yang kini terlantar di Wad Perubatan Perempuan di HUS.

Florence berbangsa Iban dengan alamat terakhir di Pakan, Sarikei dimasukkan ke HUS pada 13 Januari 2019 untuk rawatan lanjut dalam keadaan tidak dapat berjalan.

Menurut rakan sekerjanya, pesakit pernah memberitah­u telah lari dari kampungnya sejak lebih daripada enam tahun lalu tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Namun rakan sekerjanya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai latar belakang pesakit dan ahli keluargany­a.

Pesakit kini masih dalam keadaan tidak sedarkan diri di wad tersebut dan pihak pengurusan hospital meminta mereka yang mengenali pesakit atau ahli keluarga agar berjumpa dengan pegawai perubatan bertugas.

Maklumat perubatan ke- luarga amat perlu bagi pihak perubatan merancang intervensi rawatan sewajarnya ke atas pesakit berkenaan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai pesakit dan ahli keluargany­a sila berhubung dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Nor Asmawati Mohd Ali di talian 082-276666.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia