Utusan Borneo (Sarawak)

Pembebasan 47 rakyat Malaysia cerminkan keprihatin­an KM

Tanpa bersuara kepada media, beliau bertindak segera dengan menghantar delegasi diketuai Fatimah ke Kemboja

- Oleh Nick Fletcher

“Beliau tidak pergi kepada media untuk menyiarkan apa yang mahu dilakukann­ya, tetapi melakukann­ya sendiri dan rakyat melihat hasilnya hari ini (kelmarin) apabila kesemua mereka yang ditahan dibebaskan, dengan 40 orang dari Sarawak telah sampai di Kuching menggunaka­n pesawat disewa yang diuruskan oleh ” kerajaan negeri. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Pembebasan 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay MeanChey, Poipet, Kemboja mencermink­an keprihatin­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, tanpa bersuara kepada media, Abang Johari mengambil tindakan segera sebaik menerima berita mengenai penahanan kesemua rakyat Malaysia itu yang majoritiny­a rakyat Sarawak.

Langkah yang diambil beliau adalah dengan menghantar delegasi Kerajaan Sarawak yang diketuai Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dengan diiringi Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas kapasitiny­a sebagai pengamal perundanga­n, selain Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementeria­n Luar Deddy Faisal Ahmad Salleh.

“Beliau tidak pergi kepada media untuk menyiarkan apa yang mahu dilakukann­ya, tetapi melakukann­ya sendiri dan rakyat melihat hasilnya hari ini (kelmarin) apabila kesemua mereka yang ditahan dibebaskan, dengan 40 orang dari Sarawak telah sampai di Kuching menggunaka­n pesawat disewa yang diuruskan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Abang Johari menyempurn­akan Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Sementara itu, Uggah turut menyeru masyarakat Cina untuk terus menyokong usaha kerajaan negeri yang diterajui Abang Johari dalam mempertaha­nkan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menegaskan bahawa mengembali­kan hakhak Sarawak di bawah MA63 adalah perjuangan utama Abang Johari sejak dilantik sebagai Ketua Menteri keenam serta perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Beliau bahkan meletakkan empat hak Sarawak yang tidak dapat dirundingk­an (semasa pertemuan pada 17 Desember lalu dengan Jawatankua­sa Kabinet Khas mengenai MA63) iaitu kuasa autonomi imigresen, hak untuk menegakkan ordinan neger sesuai dengan Perlembaga­an Persekutua­n, perlindung­an terhadap sempadan Sarawak dan kedaulatan di laut, tanah serta sumber dalam negeri.

“Ini membuktika­n bahawa Abang Johari komited dalam menyampaik­an apa jua komitmen yang beliau buat, tidak seperti sesetengah pihak yang lantang bersuara melalui media tetapi tidak ada tindakan,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah (baris depan, tiga kiri) bersama tetamu kehormat melakukan simbolik Sambutan Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin.
SIMBOLIK: Uggah (baris depan, tiga kiri) bersama tetamu kehormat melakukan simbolik Sambutan Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di sebuah hotel terkemuka di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia