Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 5% tahun ini Disokong pertumbuha­n pelaburan swasta selari kerancakan aktiviti ekonomi domestik, global

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ekonomi Sarawak diunjur akan berkembang kukuh pada kadar lima peratus pada tahun ini berbanding pertumbuha­n ekonomi negara keseluruha­nnya.

Beliau menambah, prestasi tersebut disokong pertumbuha­n pelaburan swasta selari dengan kerancakan aktiviti ekonomi domestik dan global.

Katanya Sarawak juga mengumumka­n lebih RM11 bilion bagi belanjawan negeri tahun ini iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya.

“Dengan prestasi ini kita menjangkak­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak lebih tinggi berbanding kadar 4.7 peratus pertumbuha­n ekonomi keseluruha­n negara,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hockien Limbang di Dewan Suarah Limbang malam Sabtu lalu.

Turut hadir isterinya Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang. Hadir sama Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, perkembang­an itu juga memberi kesan positif terhadap pertumbuha­n ekonomi di seluruh kawasan di Sarawak.

 ??  ?? RAI BERSAMA: Awang Tengah (lima kiri) dan tetamu lain pada makan malam Tahun Baharu Cina pada malam Sabtu.
RAI BERSAMA: Awang Tengah (lima kiri) dan tetamu lain pada makan malam Tahun Baharu Cina pada malam Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia