Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia tawar diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk

-

AirAsia kin menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbanga­n yang ditempah dalam tempoh promosi bermula 18 Februar hingga 24 Februari.

Menurut kenyataann­ya semalam, tempahan tersebut perlu dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bag tempoh perjalanan di antara 25 Februari hingga 31 Jula tahun ini.

“Rebutlah peluang ini untuk bercuti ke salah sebuah destinasi dalam rangkaian AirAsia yang menawarkan lebih daripada 140 destinasi.

“Ahli AirAsia BIG yang mendaftar masuk di airasia com atau aplikasi mudah alih AirAsia pula boleh menikmat penjimatan tambahan,” kata kenyataann­ya itu semalam.

Selain itu, AirAsia juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk Premium Flatbed dan tempahan Premium Flex, jad para tetamu boleh menikmati Tempat Duduk Premium Terbaik Dunia bagi Penerbanga­n Tambang Rendah atau tempahan yang lebih fleksibe dengan lebih penjimatan.

AirAsia juga menggalakk­an para tetamu menempah Pek Nilai dengan bagasi daftar masuk 20kg, hidangan dalam penerbanga­n oleh Santan pemilihan tempat duduk standard dan Perlindung­an Insurans Perjalanan Tune termasuk jaminan sejam tepat masa dan perlindung­an kelewatan bagasi.

Untuk promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com AirAsia), Facebook (facebook com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Harga diskaun adalah sah untuk tempahan dari 18 Februari hingga 24 Februar untuk tempoh perjalanan antara 25 Februari dan 31 Jula tahun ini.

Untuk terma dan syarat penuh layari airasia.com / https://air.asia/wNKrM

Perlindung­an Insurans Perjalanan Tune adalah di bawah kerjasama rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia