Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai diminta bantu mangsa kebakaran di Kpg Serasot

-

Orang ramai diminta membantu mangsa kebakaran di Kampung Serasot, Bau menerusi kutipan derma.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Mas Gading Boniface Willy Tumek berkata akibat insiden itu, dua keluarga hilang tempat berteduh dan amat memerlukan sumbangan orang ramai.

Beliau berkata mangsa memerlukan peralatan memasak asas dan seperti dapur gas, silinder tong gas, kuali serta pinggan mangkuk.

“Kami merayu orang ramai tampil menghulurk­an sumbangan dalam bentuk wang atau barang keperluan.

“Mereka yang mahu membantu dalam bentuk wang tunai boleh melakukann­ya menerusi akaun CIMB Bank milik Amil (1011 0000 410153) dan Rimet, RHB Bank 1112 7600 1495 25.

“Kami juga merayu Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru dan Ahli Parlimen Mas Gading segera mendapatka­n bantuan kerajaan untuk membina semula rumah mereka,” katanya.

Pada Khamis lepas dalam kejadian yang berlaku kirakira jam 1.45 pagi, rumah milik Amil Nohiam dan jirannya Rimet Nyumeb musnah 100 peratus.

Penghuni rumah tersebut berjaya menyelamat­kan diri dalam keadaan sehelai sepinggang.

Ketika ini Amil bersama keluarga menumpang di rumah saudara di Kampung Serasot manakala Rimet dan keluargany­a tinggal sementara di stor menyimpan barang pertanian yang separa berdinding tidak jauh dari rumahnya yang musnah terbakar itu.

Amil bekerja sebagai pengawal keselamata­n di Sekolah Kebangsaan ( SK) Serasot, mempunyai tiga anak dan isteri.

Salah seorang anaknya kini sedang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan.

Anak gadisnya itu amat bimbang kerana hampir kesemua pakaiannya musnah dalam kebakaran itu dan tidak tahu bagaimana hendak kembali ke kampus minggu depan.

Rimet juga bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah pasar raya dan mempunyai empat anak (dan isteri).

Dia hanya berjaya menyelamat motosikaln­ya daripada terbakar.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN:Timbalan Pengerusi PKR Mas Gading Francis Teron Kadap (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Rimet sambil disaksikan Boniface (empat kanan). Turut kelihatan anak Amil Sherry Grace (enam kanan) dan beberapa ahli jawatankua­sa PKR Mas Gading.
RINGANKAN BEBAN:Timbalan Pengerusi PKR Mas Gading Francis Teron Kadap (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Rimet sambil disaksikan Boniface (empat kanan). Turut kelihatan anak Amil Sherry Grace (enam kanan) dan beberapa ahli jawatankua­sa PKR Mas Gading.
 ??  ?? UMUMKAN: Wee (tengah) diapit (dari dua kiri) Rodger, Cheah dan Goh pada sidang media mengenai Festival Chap Goh Meh 2019 di Kuching semalam.
UMUMKAN: Wee (tengah) diapit (dari dua kiri) Rodger, Cheah dan Goh pada sidang media mengenai Festival Chap Goh Meh 2019 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia