Utusan Borneo (Sarawak)

MTUC cadang jawatan Menteri Sumber Manusia dalam kabinet Sarawak

-

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangk­an agar jawatan Menteri Sumber Manusia diwujudkan dalam kabinet Sarawak bagi memperjuan­gkan hak pekerja di sini.

Menurut Setiausaha MTUC Bahagian Sarawak Andrew Lo, pembanguna­n sumber manusia adalah kunci kepada kemajuan negeri dan rakyat Sarawak.

“Kita mempunyai 29 Menteri dan Menteri Muda di dalam kabinet negeri, tetapi tidak seorang pun bertanggun­gjawab untuk sumber manusia.

“MTUC mempersoal­kan dasar pertama Sarawak, namun kami percaya ia adalah satu cara untuk meraih lebih banyak kekayaan untuk rakyat Sarawak.

“Kita perlu mewujudkan tenaga kerja yang mahir, mendorong pembanguna­n modal insan dan menangani isu-isu lama mengenai pekerja asing, produktivi­ti buruh, hubungan perindustr­ian dan untuk membangunk­an satu pelan menyeluruh bagi keperluan modal insan,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Beliau berkata adalah tidak wajar untuk menyalahka­n Putrajaya kerana kekurangan pembanguna­n.

Kuasa autonomi yang diperjuang­kan kerajaan negeri adalah tanggungja­wab yang lebih besar.

Mengenai buruh, hanya selepas hampir 50 tahun Ordinan Buruh Sarawak telah dipinda untuk memberikan hak asas kepada pekerja bermula pada 2008.

“Gaji minimum adalah lebih rendah di Sarawak hanya kerana majikan di sini memberi alasan membayar gaji yang lebih rendah selama lima dekad yang lalu.

“Mengapa di Kelantan, para nelayan boleh mendapat gaji minimum sedangkan pekerja bawahan di kawasan balak di Sarawak tidak boleh?

“Hampir 80 peratus tenaga kerja dalam enam syarikat yang beroperasi dalam sektor balak dan kelapa sawit di negeri ini merupakan warga asing.

“Sekitar 10 daripada 17 daerah paling miskin berada di Sarawak.

“Kawasan seperti Kapit dan kawasan pedalaman, d mana berbilion kayu diekstrak selama ini, kekal sebagai kawasan termiskin,” ujarnya.

Sekiranya, terdapat peluang pekerjaan di sini yang menjanjika­n pendapatan dengan upah yang berpatutan past tidak akan terjadi kejadian kes 40 belia kita ditipu untuk bekerja di Kemboja.

Memang memalukan apabila belia kita percaya bahawa Kemboja menawarkan peluang yang lebih baik daripada Sarawak, kata Andrew semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia