Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU anjur Festival Chap Goh Meh 2019 pada 20 Februari

-

K U C H I N G : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurk­an Festival Chap Goh Meh 2019 untuk tahun keempat pada 20 Februari ini di Lebuh India.

Menurut Ahli Majlis DBKU Datuk Wee Hong Seng, sambutan itu diraikan dengan tema ’A Celebratio­n of Prosperity in Diversity’ yang akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama isteri.

“Pihak kami mendapat kerjasama daripada Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Kuching dan Persatuan Peniaga Lebuh India.

“Juga Persekutua­n Lembaga Sekolah Rendah cina Bahagian Kuching Samarahan dan Serian, Plaza Merdeka Management Sdn Bhd, The Waterfront Hotel dan Persekutua­n Kebajikan Perniagaan India Muslim,” katanya mewakili Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pada sidang media Festival Chap Goh Meh 2019 di sini semalam.

Pihaknya turut menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik bagi memeriahka­n festival itu seperti tarian naga, tarian singa, dram 24 musim, orkestra tradisiona­l Cina, persembaha­n kebudayaan sekolah rendah, pertunjuka­n bunga api, majlis melempar buah limau mandarin, perasmian mural dan pameran tanglung.

Tambah Wee, festival itu merupakan simbol signifikan kepada masyarakat Cina selepas 15 hari menyambut Tahun Baharu Cina.

Justeru, seluruh warga Kuching terutama komuniti di sekitar bandar raya Kuching dijemput hadir.

Untuk keterangan lanjut mengenai Festival Chap Goh Meh 2019, sila hubungi Bahagian Perhubunga­n Komuniti dan Khidmat Sosial DBKU di talian 082 – 236223.

Turut hadir Timbalan Presiden Federation of Chinese Primary School Boards of Kuching Samarahan & Serian Divisions Rodger Chan, Pengurus Besar Plaza Merdeka Cheah Kheng Mun dan wakil Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Pemanca Goh Wei Neng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia